Berita

"Terima Sehingga 30 Panggilan Setiap Hari" - Sugu Pavithra Tak Menang Tangan Layan, Ramai Minta Untuk...

gempak
ZULHILMI JALIL
25/05/2020
03:20 MYT
Sponsor Banner
"Terima Sehingga 30 Panggilan Setiap Hari" - Sugu Pavithra Tak Menang Tangan Layan, Ramai Minta Untuk...
Sejak video masakannya di YouTube menjadi perhatian rakyat Malaysia, Sugu Pavithra mengakui dia tidak menang tangan untuk melayan setiap panggilan dan mesej yang diterimanya setiap hari.
Menurut S. Pavithra, 28, rata-rata mereka yang menghubunginya untuk meminta pertolongannya bagi melakukan khidmat reviu produk.
"Selepas jadi viral, kami tak cukup masa nak buat video selalu. Ada kalanya, terima sehingga 30 panggilan telefon setiap hari. Ada yang menelefon untuk sesi temu bual, ada yang nak ucap tahniah dan nak beri barang.
"Bahkan, ramai juga yang menghubungi kami untuk minta tolong melakukan reviu produk yang mereka jual," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Pavithra dia tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan hal berkaitan khidmat reviu kepada pelanggan.
"Itulah saya pun masih tak faham lagi selok belok untuk reviu produk. Saya tak tahu perlu caj ke. Saya masih keliru, tapi saya cakap kepada mereka saya akan tolong juga untuk buat reviu.
"Saya ini orang baru. Saya tidak ada pengalaman untuk melakukan reviu produk. Apa yang saya diberitahu, lazimnya, ia dikenakan bayaran. Cuma, saya tak tahu caranya.
"Buat masa ini, saya cuba dapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman terlebih dulu," katanya.
Terdahulu, kisah wanita keturunan India yang mengendalikan saluran YouTube, Sugu Pavithra menggunakan Bahasa Melayu mencuri tumpuan rakyat Malaysia termasuklah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam tempoh tiga bulan sahaja, saluran masakannya di YouTube sudah mencecah lebih 600,000 subscriber.
BACA: "Gaji Youtube Pertama Saya RM900 Sahaja, Yang Kata Saya Dah Terima Beribu-ribu Itu Tipulah" - Sugu Pavithra Mampu Buat 4 Video Seminggu
Ia merupakan usaha Pavithra untuk membantu suaminya, M. Sugu yang merupakan seorang buruh ladang untuk mencari pendapatan tambahan.
BACA: "Saya Dulu Sekolah UPSR Dapat 5A" - Pavithra Tak Dapat Habiskan Belajar, Terpaksa Tolong Bapa Gara-Gara ...
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live