Penyanyi Asmidar mengucapkan terima kasih kepada penyanyi dangdut Indonesia iaitu Beniqno yang memberikannya sejambak bunga kepadanya baru-baru ini.

Menerusi laman sosial Instagram Asmidar, dia telah memuat naik sekeping foto bersama sejambak bunga tersebut dengan kapsyen:

"Terima kasih @beniqno"

Asmidar kini berada di Indonesia dan terlibat dalam pertandingan Dangdut Academy Asia 2, manakala Beniqno pula turut berada dalam program tersebut sebagai juri tetap.

Menurut laporan media di sana, penyanyi Biar Sampai Ke Bintang itu merupakan peserta kegemaran Beniqno yang telah membuatkannya kagum dalam setiap persembahan.

Bagaimanapun, entri berkenaan telah menarik perhatian pengikut laman sosial miliknya serta peminat-peminatnya daripada Indonesia yang menurunkan pelbagai komen positif.

Rata-rata peminatnya mahu Asmidar dan Beniqno suka dengan kemesraan yang dlilihat dan berharap mereka dipertemukan jodoh.

Berikut merupakan entri berkenaan:

Terima kasih @beniqno

A photo posted by Asmidar (@asmidarisme) on


Teks oleh: Syafiqah Jalal