Pesohor Hollywood, Anthony Hopkins baru baru ini berkongsi momen bersejarah buatnya apabila menerima suntikan vaksin COVID 19.

Aktor yang cukup terkenal dengan filem The Silence of The Lambs itu mengaku usahanya yang melakukan kuarantin kendiri selama satu tahun berbaloi dengan penerimaan suntikan yang diambilnya pada Jumaat lalu.

Dalam kemas kini di akaun Twitter, Hopkins yang berusia 83 tahun berkongsi video dan beberapa keping foto dirinya sewaktu menerima suntikan vaksin yang diambil dari dalam kenderaan secara pandu lalu.

Menerusi video tersebut, Hopkins dilihat duduk di tempat duduk penumpang dengan memakai
face shield dan pelitup muka sewaktu menerima suntikan daripada Hollywood Presbyterian Medical Center.

"Terima kasih PublicHealth.LA.Gov, CHA Hollywood Presbyterian Medical Center, dan sahabat saya, Dr. Maria Teresa Ochoa.

"Seperti menerima cahaya di hujung terowong, (selepas setahun menjalani kuarantin sendiri," tulis pemenang pelbagai anugerah berprestij itu.



Sepanjang melakukan kuarantin sendiri, Hopkins aktif menghiburkan pengikut Twitternya dengan aksi aksi lucu dan spontan dirinya menghitung hari bila pandemik Corona yang berasal dari Wuhan, China itu akan berakhir.

Sekadar informasi, tempat Hopkins menerima suntikan vaksin iaitu di California, terdapat lebih tiga juta kes dengan 38,961 kematian kerana COVID 19 direkodkan.

Kredit Foto: Daily Mail, Biography