Teringat Belum Beri Ayam Makan, Jemaah Haji Minta Izin Pramugari Untuk Turun Pesawat
Izwan Isa
05/06/2023 07:50 MYT
05/06/2023 07:50 MYT
Gara-gara teringat belum memberi makan ayam miliknya, seorang jemaah haji warga emas yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat meminta untuk turun pesawat yang sedang dalam perjalanan ke tanah suci baru-baru ini.
Dikenali sebagai Juhani, jemaah lelaki berusia 95 tahun itu memberitahu kepada pramugari bahawa dia ingin turun dari pesawat kerana teringat ayam-ayam ternakan masih belum diberi makan di rumahnya.
BACA: Sila Timbang Berat Sebelum Naik Pesawat Air New Zealand
Kejadian itu dirakam oleh seorang petugas haji Indonesia, ustaz Yuyud Aspiyudin di dalam pesawat.
Jelas Yuyud, kejadian itu berlaku ketika pesawat hampir mendarat di Madinah.
Dalam video tersebut, Juhani tiba-tiba berdiri dan menyatakan dia teringat ayam ternakannya belum diberi makan.
“Ketika pesawat hampir mendarat di Madinah, pakcik Juhani meminta untuk turun dari pesawat kerana dia beritahu, ayam-ayamnya masih belum diberi makan.
BACA: Bukan Kaleng-Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baharu
“Dia cuba memberitahu pramugari, namun kru pesawat itu tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh pak cik Juhani.
“Penumpang lain pula tertawa melihat gelagat pakcik Juhani,” jelas Yuyud seperti yang dilapor Kompas.com.
Ustaz itu memberitahu, lelaki warga emas itu amat gembira kerana berpeluang menunaikan haji tahun ini dan sering melemparkan senyuman.
Sumber: Kompas menerusi Utusan Malaysia