Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Terlalu Rindu, Eleena Harris mahu mencuba nasib dalam bidang lakonan.

Hampir lima tahun terlibat dalam dunia nyanyian, Eleena ingin meneroka sesuatu yang baru.

"Saya pernah berlakon, tetapi hanya dalam beberapa iklan komersial serta muzik video saya.

The occasional selfie day ? I rarely take selfies, percaya ke tak ?

A post shared by Eleena Harris ♥️ (@eleenaharris) on


"Saya teringin mahu mencuba nasib menjadi pelakon kerana ingin mencuba bidang baru.

"Selagi perkara terbabit mendatangkan manfaat, tiada salahnya untuk saya mencuba. Saya juga suka belajar," kata Eleena kepada Gempak.



Dalam pada itu, penyanyi lagu Jejaka Korea ini juga menyimpan harapan untuk memegang watak jahat dalam sesebuah naskah.

"Sebagai selebriti, saya tidak meletakkan had dalam kerjaya seni saya. Kalau boleh, saya mahu mencuba untuk menjayakan watak antagonis.

"Saya sering tertarik melihat pelakon yang membawakan watak antagonis dan teringin mahu mencubanya," katanya lagi.

Eleena ditemui di majlis pra-pelancaran Y.E.S (Year End Sale) I Suka MBH di MBH Medispa cawangan Subang yang terletak di Jalan USJ 10/1, Subang Jaya semalam.





Merupakan cawangan ke-25 MBH Medispa yang baru sahaja dibuka, majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBH Medispa, Yaya Mohammad.

Eleena turut menyanyikan lagu rasmi MBH Medispa iaitu I Pergi MBH ciptaan DJ Fuzz.

#DILANCARKAN : TIME NYA DAH TIBA....UNTUK MBH REVEAL FULL VIDEO SONG MBH...YES! . Akhirnya, masa yg dinanti-nanti dah tiba.... . yang mana makan MBH, tido MBH, mandi MBH tu...hehe, sorylahh, lia buat korang angau dgn lagu ini..hahaha . Nah hadiah tuk korang... dengar sampai pengsan tau . Dah boleh cantek dah tu dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau korang ulang nyayi sampai 74 kali...hihi . Full video boleh tgk di IGTV . Dah tau kan nak lawa lepas ni pergi mana? Cuba komen..

A post shared by ONLINE SALE RM10.10 nett ! (@mbh_medispa) on