Hiburan

Teringin Berlakon Filem, Haqiem Rusli Call Syamsul Yusof- "Babak Pegang Tangan Saya Takkan Buat"

gempak
Zulaikha Yusof
27/12/2020
05:48 MYT
Sponsor Banner
Teringin Berlakon Filem, Haqiem Rusli Call Syamsul Yusof- "Babak Pegang Tangan Saya Takkan Buat"
Penyanyi Haqiem Rusli meluahkan hasrat untuk berlakon dalam filem bagi menunjukkan sisi berbeza yang bukan sekadar sebagai penghibur.
Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 22, menyatakan dia masih mengekalkan prinsip untuk tidak ada babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
"Selain menyanyi, saya sebenarnya teringin nak berlakon filem. Cuma, belum diberikan lagi peluang itu.
"Keinginan berlakon ini tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor selepas persembahan kami di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang lalu.
"Mendengar sendiri pengalaman beliau, membuatkan saya mahu berlakon pula. Saya mahu tunjukkan sisi berbeza diri yang bukan sekadar seorang penyanyi sahaja.
"Bagaimanapun, sekiranya membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya takkan buat. Saya akan berjuang untuk perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Tergantung Sepi ini mendedahkan dia ada menghubungi pengarah Syamsul Yusof lalu menawarkan diri untuk berlakon.
Katanya, dia memilih Syamsul kerana berasa selesa selain menyukai dengan karya-karya yang dihasilkan anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam itu.
"Seperti baru-baru ini, saya ada hubungi Syamsul untuk menawarkan diri berlakon dalam nada bergurau. Mana tahu, hajat saya kesampaian.
"Syamsul pun kata nak bagi peluang, tapi tak pastilah jika dia sebenarnya serius. Namun, saya memang nak.
"Saya pilih Syamsul kerana memang suka dengan filem-filemnya dan berhasrat juga nak bekerja dengan dia. Bagi saya, dia sangat santai dan senang berborak berbanding takut pula jika berbual dengan pengarah lain yang lebih senior," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024