HIBURAN

Teringin Kembali Bergelar Isteri, Noniswara Belum Temui Pasangan Sesuai - “Bukan Sebab Saya Ini…”

Asyraf Roslan 07/03/2025 | 20:55 MYT

Pelakon, Datin Seri Noniswara mengakui masih mempunyai naluri untuk kembali bergelar isteri, namun sehingga kini belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai dengan dirinya.

Menurut Noniswara, keinginan untuk memiliki pasangan hidup adalah sesuatu yang lumrah bagi setiap insan, tetapi dia mahukan seseorang yang memahami dirinya serta menerima dirinya seadanya.
“Kalau nak cerita pasangan hidup semua orang inginkan kebahagiaan, nak pasangan hidup ada yang disayangi dan menyayangi itu sudah lumrah manusia, sebagai manusia yang normal naluri itu ada.
“Namun saya tidak berjumpa lagi dengan orang yang betul-betul saya rasa sesuai, bukan sebab nak katakan saya ini memilih tapi saya nak orang yang boleh memahami saya, yang boleh faham kerjaya saya dan boleh menerima saya seadanya.
“Bukan tiada berjumpa, ada namun belum nampak lagi mana yang sesuai mungkin akan datang itu kita masih tidak tahu,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Noniswara atau nama lengkapnya Noniswara Baharudin turut berkongsi bahawa anak-anaknya tidak menghalangnya untuk mencari pasangan hidup baharu.

Sebaliknya, mereka menyokong apa sahaja keputusan yang dibuatnya asalkan dia menemui kebahagiaan.

“Anak-anak saya sangat supporting, mereka pun kadang-kadang busy jadi mereka mahukan saya mempunyai peneman jadi mereka sendiri pernah berkata jika saya ada jumpa seseorang yang saya selesa mereka benarkan saya untuk berkenalan.
“Bagi mereka yang penting saya gembira dan bahagia dengan pilihan saya sebab mereka sebagai anak sudah tentu mahu melihat saya bahagia, jadi mereka memang tiada masalah mengenai jodoh saya.
Sekadar info, suami kepada Noniswara, Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghadap ilahi akibat strok otak di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Noniswara berkahwin dengan Allahyarham sejak tujuh tahun lalu yang juga perkahwinan ketiganya.

#pelakon #Perkahwinan #Jodoh #Datin Seri Noniswara