Laman Utama

“Terkejut Bila Dapat Tahu Girl Sebab…”- Teruja Nak Sambut Anak Pertama, Ayie Floor88 Reda Tak Dapat Baby Boy

gempak
Syafiqah Jalal
17/06/2022
06:20 MYT
Sponsor Banner
“Terkejut Bila Dapat Tahu Girl Sebab…”- Teruja Nak Sambut Anak Pertama, Ayie Floor88 Reda Tak Dapat Baby Boy
Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham akui terkejut apabila mendapat tahu bayi yang berusia lapan bulan dalam kandungan isterinya, Tasha Awie adalah perempuan.
Kata Ayie, 24, sebelum acara ‘gender reveal’ yang diadakan baru-baru ini, dia yakin serta mengimpikan bayi lelaki sebagai anak sulung.
“Sebenarnya memang saya target nak baby boy, jadi masa acara itu saya akui memang kena surprise kerana saya sendiri belum tahu jantinanya.
“Terkejut juga bila dapat tahu baby girl sebab sebelum itu ada bertanya dengan orang berpengalaman mereka kata nampaknya seperti bayi lelaki.
“Apa-apa pun saya bersyukur dan teruja untuk menyambut bayi pertama ini, tak kisah lah apa jua jantina yang penting dilahirkan dengan sihat dan cukup sifat.
“Cuma sebab saya harapkan anak lelaki itu kerana tanggungjawab sebagai anak sulung juga besar dan lelaki kan sinonim dengan ketua keluarga jadi harapnya boleh lah jaga adik-adik dia nanti,” katanya kepada Astro Gempak.
Ayie bercakap kepada Gempak ketika ditemui dalam satu sesi rakaman program nyanyian baru-baru ini.
Bakal menyambut bayi sulung yang dijangka pada 25 Julai depan, Ayie memberitahu isterinya mengalami simptom normal di akhir trimester.
“Isteri sekarang ada mengadu perut dia sering ‘mengeras’ dan kaki dia sudah mula lenguh-lenguh. Selain itu tiada lah perubahan yang drastik.
“Dia pun akan bersalin di sebuah hospital swasta di sini dan berpantang di rumah kami,” beritahunya lagi.
Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024