Terkejut Dengan Penampilan Sherry Alhadad, Peminat Minta Tips Kurus

Syafiqah Jalal
Jun 12, 2018 05:22 MYT
Penampilan pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad baru-baru ini mengejutkan peminat kerana dia kelihatan agak kurus daripada biasa.
Malah foto yang baharu sahaja di muat naik ke akaun Instagram (IG) peribadinya malam tadi telah mendapat perhatian pengikut laman social tersebut.
Foto tersebut menujukkan Sherry mengenakan baju kurung Pahang berwarna kuning bergandingan dengan pengacara Haziq.
Mereka berdua muncul dalam sebuah program TV malam tadi.
Rata-rata teruja melihat perubahan pada tubuhnya dan meminta tips bagaimana Sherry menurunkan berat badannya.
“Dah kurus! Terkejut tengok kat TV tadi…Tak boleh jadi ni, kita pun kena kurus jugak. Bagi tips siket Kak Sherry supaya kita disiplin, selalu kelaut,” tulis salah seorang pengikutnya di IG.
Foto: IG Sherry Al-Hadad
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Sherry Alhadad #Pengacara #Pelakon #Kurus