Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Terkejut Tiba-Tiba Suami Berhenti Kereta Tepi Jalan, Rupa- Rupanya…”- Raja Azmi

Syafiqah Jalal
10/05/2019 09:06 MYT
Pelakon dan produser, Raja Azmi akui terkejut dengan tindakan suaminya, Eddie yang memberhentikan kereta di tepi jalan meninggalkannya dan cucu demi membantu seorang ibu bersama dua orang anak.

Menurut Raja Azmi, dia terharu dengan tindakan Eddie membantu seorang wanita yang berada kepanasan bersama anak-anaknya di dalam kereta yang mengalami kerosakan.

Akhirnya wanita itu bersama anaknya dibawa pulang oleh mereka ke rumah.

“Terkejut daku tadi Eddie tiba-tiba berhenti kereta tepi jalan. Diriku tak perasan sebab tengah asyik kelebek fon.

“Rupa-rupanya Eddie berhenti untuk tolong seorang ibu dan dua orang anak yang sedang kepanasan di tepi jalan, kerana kereta si ibu rosak.

“Akhirnya kami hantar mereka pulang ke rumah mereka dan kereta yg rosak itu akan diuruskan oleh adik ipar wanita itu.

“Terharu hatiku melihat Eddie yg mulia hatinya suka menolong orang. Syukur..dan syukur,” tulisnya.

Raja Azmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video saat suaminya membantu ibu bersama dua orang anak tersebut.

Raja Azmi, 57 dan Eddie,48, mendirikan rumah tangga pada 13 Oktober 2013.

Namun bercerai pada 11 November 2014 sebelum bernikah kembali pada 26 Februari 2016.

Salam 3 Ramadhan. Terkejut daku tadi Eddie tiba2 berhenti kereta tepi jalan. Diriku tak perasan sebab tgh asyik kelebek fon. Rupa2nya Eddie berhenti utk tolong seorang ibu dan dua orang anak yg sedang kepanasan di tepi jalan, kerana kereta si ibu rosak. Akhirnya kami hantar mereka pulang ke rumah mereka dan kereta yg rosak itu akan diuruskan oleh adik ipar wanita itu. Terharu hatiku melihat Eddie yg mulia hatinya suka menolong orang.? Syukur..dan syukur. #pray #for #world #piece ✌?

A post shared by Raja Azmi (KakMi) (@rajaazmi) on

#pelakon #Ramadan #Pelakon #Produser #Raja Azmi
;