Terkena Lagi! Zara Zya Digelar Bodoh, Buruk & Selekeh.. Dah Kenapa?

Kamaruddin Razal
Ogos 23, 2018 04:43 MYT
Sebelum ini, aktres Zara Zya pernah mendedahkan dirinya menjadi mangsa buli netizen di laman Instagram.
Menerima direct message (DM) yang mengecam hubungan cintanya bersama aktor Hafreez Adam, nampaknya Zara masih lagi menjadi mangsa netizen tidak beradab.
BACA: "Kau Rasa Kau Tu Artis Bagus Sangat Ke? Please Cermin Diri Kau Tu Dulu" - Netizen Dengki Hubungan Zara Zya Dengan Hafreez Adam
Terbaru, Zara memuat naik sekeping foto dirinya mengenakan baju kurung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
"Takde sape nak beraya dgn saya. Ok sekian," seloroh Zara di bahagian kapsyen.
Di ruangan komen, ada seorang netizen yang menggunakan nama Azlida Osman (@azlidaosman) menggelarkan pelakon itu dengan panggilan bodoh, buruk dan selekeh.
"Sebab kau bodoh, sebab kau buruk, sebab kau selekeh. So tak ada siapa nak beraya dengan kau," tulis Azlida.
Seakan mahu memberikan pengajaran terhadap perilaku biadap Azlida, Zara memaparkan komen tersebut di sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Kalau depan-depan, berani tak cakap mcm ni wahai @azlidaosman," tulis Zara.
Rata-rata peminat Zara turut berang dengan komen tersebut yang disifatkan sebagai biadap.
Ada juga peminat yang memohon agar pelakon drama bersiri Monalisa ini tidak melayan komen terbabit.
Foto: Instagram Zara
#pelakon #Zara Zya #Pelakon