HIBURAN
Terkesan Dengan Komen Negatif, Ibu Mentua Erissa Puteri Jawab Tuduhan Tumpang Populariti - “Saya Pun Memang Dah Berada…”
Ibu mentua kepada penyanyi Erissa Puteri menerusi akaun TikTok bernama Dmzmahfuza mengakui dia terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan kepada satu-satunya anak perempuannya.
Terkesan dengan komen negatif
Menerusi perkongsian itu, anak perempuannya itu tidak pernah mempunyai niat untuk tampil secara berlebihan pada hari pernikahan abangnya dan Erissa.
“Sebagai seorang ibu, saya berasa terkesan dengan komen-komen negatif terhadap anak perempuan saya. Anaknda saya tidak la berniat untuk melebih-lebih pada hari pernikahan abangnya dan Erissa.
“Dia satu-satunya adik kepada Danial dan juga satu-satunya anak perempuan saya. Dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di salah sebuah Universiti di United Kingdom.
“Soal cantik atau tidak adalah sesuatu yang subjektif. Tapi sebagai ibu, saya mendoakan yang terbaik buat anak saya dan saya juga mendoakan yang baik-baik dan keberkatan untuk adik-adik dan anak-anak tuan/puan semua,” kongsinya.
Mohon maaf
Pada perkongsian yang sama, beliau turut memohon maaf jika perkongsiannya selama ini menggores hati terutama buat peminat menantunya.
“Dari pihak keluarga, saya dengan rendah hati memohon maaf seandainya ada sebarang salah dan silap yang menggores hati dan perasaan secara sedar ataupun tidak terutama buat ‘supporters’ menantu saya, Erissa. Doakan kebahagiaan mereka dan kebahagiaan semua,” ujarnya.
Bukan tumpang populariti
Manakala dalam hantaran lain, wanita itu juga menegaskan dia tidak pernah mahu menumpang populariti mana-mana pihak seperti yang didakwa memandangkan dirinya sudah lama berada dalam bidang seni.
“Sebagai seorang ibu, apa yang saya impikan adalah untuk buat yang terbaik buat anak-anak saya supaya boleh dijadikan memori dalam hidup mereka.
“Setiap orang mempunyai rezeki masing masing dan saya hanya melakukan yang termampu sahaja untuk anak-anak saya. Tiada pun saya menumpang populariti sesiapa dan saya pun memang dah berada dalam bidang seni agak lama.
“Tetapi saya tidak menjangka akaun tiktok peribadi saya dihujani komen sedangkan saya hanyalah berkongsi gambar dan video sebagai memori untuk saya simpan.
“Saya doakan anda semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT dan dikurniakan anak anak yang terbaik. Sayang semua,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Menonjol Daripada Pengantin, Erissa Puteri Minta Netizen Henti Kecam Adik Ipar - "Saya Tak Rasa Dia Overshadow Saya"
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terkedu Lihat Busana Bersanding Erissa Puteri - “Dah Cantik Sangat Tiba Tengok Baju…”
ARTIKEL BERKAITAN: Sah Bergelar Isteri, Erissa Puteri Berat Hati Tinggalkan Keluarga - “Saya Sangat Gementar”
ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Erissa Puteri Sah Bergelar Isteri Kepada Danial Iskandar… Terima Mas Kahwin 70 Gram Emas
Sebelum ini, Dmzmahfuza berkongsi foto memperlihatkan anak perempuannya yang memakai selendang seperti ‘veil’ dan penampilan itu mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen berpendapat pemakaian selendang seperti ‘veil’ itu seakan-akan lebih menonjol daripada pengantin iaitu Erissa Puteri.