HIBURAN
Lebih Menonjol Daripada Pengantin, Erissa Puteri Minta Netizen Henti Kecam Adik Ipar - "Saya Tak Rasa Dia Overshadow Saya"
Pelakon dan penyanyi, Errisa Puteri tampil memberikan penjelasan mengenai isu penampilan adik iparnya yang dikatakan lebih menonjol berbanding dirinya sebagai penganting perempuan semasa majlis pernikahan.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Erissa atau Erissa Puteri Hashim menegaskan dia langsung tidak rasa penampilan adik iparnya itu telah ‘overshadowed’ hari bahagiannya.
“Saya nak buat sedikit penjelasan berkenaan isu baju adik ipar saya yang dikatakan ‘overshadow’ saya sebagai pengantin.
“Saya langsung tak rasa dia ‘overshadow’ saya dan saya sangat sayangkan dia. Saya benar-benar tiada masalah dengan apa yang dia pakai.”
“Pertama sekali, terima kasih kepada semua yang ambil berat tentang perasaan saya mengenai perkara ini tapi saya tidak gembira dengan cara sesetengah pihak menilai dan menghukum dia atas apa yang dia pakai,” tulis Erissa.
Menurut pelakon siri SMK itu, pemilihan warna putih untuk busana pada majlis penikahan adalah hasil keputusan bersama antara dirinya dan suami, Danial.
Malah, dia sendiri sudah mengetahui lebih awal jenis pakaian yang akan dipakai oleh adik iparnya pada hari tersebut.
“Saya dan Danial yang membuat keputusan untuk semua orang memakai putih dan saya tahu apa yang dia akan pakai pada hari itu.
“Dia juga ada meminta pendapat saya mengenai bajunya dan dia memakai shawl di kepala sebagai tanda hormat kepada majlis,” jelas Errisa.
Erissa turut meluahkan rasa hormat dan sayangnya terhadap adik iparnya serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir netizen yang menyatakan adik iparnya ingin menonjolkan diri pada hari tersebut.
Dalam pada itu, Erissa juga menyeru orang ramai agar tidak lagi memberi komen-komen yang boleh mencetuskan perbalahan dan salah faham.
“Janganlah kita terus menyebarkan kata-kata negatif. Bersikap baiklah dengan semua orang, okay? “Saya sayang anda semua ,” tambahnya.
Terdahulu, Erissa juga terpalit dengan satu kontroversi apabila netizen memberi kecaman terhadap busana perkahwinannya semasa majlis bersanding yang kelihatan seksi bagi segelintir pihak.
Sekadar info,pelakon dan penyanyi Erissa Puteri selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Danial Iskandar pada jam 11 pagi Jumaat.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah, Dr Adam dalam sebuah majlis bertemakan serba putih di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Pada majlis penuh istimewa itu, Erissa Puteri menerima mas kahwin 70 gram emas tunai.
Must-Watch Video