Hiburan

"Terkilan Tak Dapat Jumpa Anak Saudara, Nak Tengok di Media Sosial Tak Boleh Sebab Dah Kena Block…” – Ali Puteh

Fiza Kamarudin
04/05/2020
14:06 MYT
Pelawak Ali Puteh mengakui hubungan kekeluargaan di antara kakak iparnya Siti Nurhidayah Mohd Ali terputus akibat kontroversi berlaku tidak lama dahulu.
Biarpun sudah lama melupakan kontroversi antara dirinya dan kakak ipar, Siti Nurhidayah Mohd Ali, namun, ada hakikat yang perlu diterima Ali atas apa yang berlaku.
Sejak krisis membabitkan dakwaan membolot harta peninggalan abang, Allahyarham Abam Bocey tercetus, Ali mengaku hubungan kekeluargaan kedua-dua belah pihak terputus.
Malah, Ali mendakwa, niat bersemuka dan menjernihkan keadaan terbantut apabila semua peluang berkomunikasi termasuk menerusi media sosial disekat. Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 31, akur dengan situasi yang berlaku.
Cuma jauh di sudut hati, terbit rasa rindu untuk melihat wajah satu-satunya zuriat yang ditinggalkan arwah abang, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 10 bulan.
"Sejak insiden itu, hubungan kami terputus. Malah, kami disekat di media sosial oleh seluruh anggota keluarganya.
"Saya faham, selepas apa yang berlaku, situasi menjadi semakin sukar.
"Cuma terkilan apabila tidak dapat berjumpa anak saudara. Hendak tengok di media sosial mereka tidak boleh sebab sudah disekat.
"Mujur bekas pemandu arwah memuat naik foto atau video Uthman di media sosialnya, dapat kami menumpang tengok sambil melepaskan rindu," katanya. Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan berkata, sebagai bapa saudara, tiada apa yang diharapkan selain melihat anak Uthman membesar dengan sempurna.
"Insya-Allah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya berhasrat bertemu isteri arwah dan keluarganya untuk menjernihkan keadaan. Kami mahu melihat anak buah yang amat dirindui itu.
"Buat masa ini, biarlah saya tengok Uthman dalam media sosial sahaja. Dapat melihat dia sihat dan membesar dengan sempurna sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga," luah Ali.
Sebelum ini, dilaporkan, anggota kumpulan Puteh ini pernah melahirkan hasrat untuk bertemu kakak iparnya itu secara tertutup untuk meminta maaf.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hidayah Setuju Ali Puteh Tak Perlu Bayar Interest - "Asalkan Bayar Secepat Mungkin Dalam Masa Seminggu..."

gempak
25/02/2024
04:49 MYT
Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar faedah sebanyak empat peratus kepada pelawak Ali Puteh.
Viral

Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

gempak
21/02/2024
09:40 MYT
Ouh itu sebabnya...
Hiburan

Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak Pula”

gempak
21/02/2024
04:30 MYT
Alamak adik pula tiba-tiba masuk campur.
Hiburan

Didakwa Guna Duit Orang Buat Berniaga, Ali Puteh Ajak Wanita Buat Fitnah Bersemuka! - “Jumpa Atau Saya Buat Laporan Polis”

gempak
29/01/2024
07:55 MYT
Ali Puteh ajak bersemuka.
Laman Utama

[VIDEO] Hidayah & Anak Terkena Sihir Sejak Abam Bocey Meninggal - “Mohon Kepada Sesiapa Yang Boleh Membantu…”

gempak
03/04/2023
01:55 MYT
Semoga dipermudah urusan Hidayah.