Hiburan
"Terlalu Baik Punca Kena Tikam Belakang" - Isteri Aliff Syukri Tenang Hadapi Kontroversi
Isteri kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid akui mendapat pengajaran daripada dugaan yang menimpa mereka berdua.
Menurut Shahida, 35, punca kontroversi itu timbul disebabkan sikap berbuat baik dengan semua orang.
"Sebenarnya saya belajar apa yang jadi. Bila kita terlalu dekat dan baik dengan orang, itulah modal mereka nak tikam belakang.
"Saya anggap ujian ni adalah Allah nak uji saya untuk lebih dekat dengannya. Allah uji tanda sayang," katanya di ruangan komen.
Dalam komen tersebut, salah seorang pengikut meluahkan rasa sedih melihat kejadian yang berlaku kepada pasangan suami isteri itu.
"Semoga dipermudahkan urusan datuk dan datin. Tolong jangan jadi baik sangat lepas ni. Sedih tengok lepas satu-satu," katanya.
Sebelum ini, nama Aliff Syukri menjadi tumpuan sekali lagi selepas seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel mendakwa dirinya ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.
Must-Watch Video