Hiburan

Terlalu Pentingkan Kawan, Abai Keluarga Punca Penceraian Saya - Cat Farish

Ahmad Shah
30/09/2016
04:31 MYT
Penyanyi dan pelakon, Cat Farish, mengakui banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan keluarga antara punca penceraiannya.
Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan, 42, berkata, dia lebih mementingkan keperluan kawan-kawan sehingga mereka mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dirinya.
"Banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan sehingga mengabaikan rumah dan keluarga malah saya lebih mementingkan masalah kawan-kawan daripada masalah diri sendiri.
"Mereka ada masalah saya akan tolong sedangkan saya sendiri mempunyai masalah yang mesti diselesaikan.
"Sebenarnya kawan-kawan juga yang menjatuhkan saya kerana dalam penceraian ini mereka pula buat cerita macam-macam untuk memburukkan lagi keadaan," katanya kepada Astro Gempak
Cat berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Matmoto Otai di TGV Encorp Strand Mall, Kota Damansara, baru-baru ini.
Matmoto Otai juga dibarisi oleh pelakon Ahmad Idham, Datuk Eizlan Yusof dan Opie Zami yang akan menemui penonton di pawagam 6 Oktober depan.
Tambahnya, dia kini merasa sunyi kerana tinggal seorang diri dan kesemua anaknya di bawah jagaan bekas isterinya.
"Saya merasa kehilangan dan sunyi kerana nikmat mempunyai keluarga semuanya telah hilang malah ia juga memberi tekanan kepada diri saya.
"Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri tapi saya boleh tengok bila-bila masa yang saya mahukan cuma tetapi itulah rasa sunyi tu lain bila tidak tinggal bersama mereka," katanya.
Hasil perkahwinan sembilan tahun lalu bersama Hartinu Ramli, 33, Cat dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlysaa,9 Eva Latheefa,6 dan Qul Iskandar, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Baju Kahwin Tak Muat Terpaksa Duduk Belakang Pick Up” - Shikin Maembong Kongsi Momen Lucu Masa Resepsi

gempak
17/07/2023
23:50 MYT
Sampai polis pun tanya kenapa duduk belakang hehe.
Laman Utama

"Dia Tengok Saya Lap Pisang, Dia Dah Jatuh Cinta" - Uniknya Cerita Cinta Cat Farish & Shikin Maembong

gempak
15/07/2023
02:57 MYT
Sukanya tengok Cat Farish dengan Shikin Maembong, sweet sangat.
Laman Utama

Cat Farish & Shikin Maembong Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

gempak
13/07/2023
13:36 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Cat Farish Didakwa Berhutang Dengan Bekas Isteri RM10,000, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Terkejut Apabila…”

gempak
11/07/2023
00:55 MYT
Cat jawab dakwaan dia berhutang bekas isteri.
Laman Utama

“Saya Tidak Boleh Nasihat Mereka Sebab…” - Emma Maembong Doakan Perkahwinan Ketiga Shikin & Cat Farish Jadi Yang Terakhir

gempak
10/07/2023
00:55 MYT
Sama-sama kita doakan.