Laman Utama

Terlalu Sibuk Nak Jaga Kesihatan Di Rumah? Jangan Jadikan Alasan! Lima Cara Mudah Ini Mungkin Membantu Anda...

gempak
Asraf Aided
15/07/2021
09:40 MYT
Sponsor Banner
Terlalu Sibuk Nak Jaga Kesihatan Di Rumah? Jangan Jadikan Alasan! Lima Cara Mudah Ini Mungkin Membantu Anda...
Menjaga kesihatan ketika berada di rumah dalam satu tempoh yang panjang ketika pandemik ini amatlah penting.
Pemikiran yang positif, pemakanan sihat dan melakukan senaman dapat membantu kita untuk terus mendapatkan tahap kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Meskipun ramai antara kita yang sibuk dengan urusan kerja dan hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk menyediakan makanan atau bersenam, jangan risau, ada juga cara menjaga kesihatan dengan cara mudah!
Meskipun nampak ringkas, jika menjadi amalan, ia juga memberi kesan yang baik terhadap tubuh kita.
Di sini, Gempak kongsikan lima cara menjaga kesihatan dengan mudah ketika total lockdown yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Minum Air Secukupnya
Foto Hiasan: iStock
Keep hydrated! Air kosong sememangnya sangat penting untuk tubuh. Ia mampu membuang bahan lebihan dari tubuh, mengawal suhu badan dan membantu otak untuk berfungsi dengan baik.
Selain itu, air kosong juga mampu meningkatkan kitaran oksigen dalam darah, melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan tenaga dan banyak lagi!
Jika sedang sibuk bekerja, isikan sahaja air kosong ke dalam satu botol besar dan letakkan berdekatan anda, tak perlulah kerap ulang alik ke dapur.
Terdapat banyak pilihan botol dalam pelbagai saiz dan rekaan yang boleh dipilih di sini.
Nikmati Keenakan & Khasiat Lemon
Foto Hiasan: iStock
Selain rasanya yang sedap dan menyegarkan, lemon juga mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan.
Campurkan sahaja dalam air kosong, sebaik-baiknya air suam, dan minum! Waktu yang paling sesuai untuk minum air lemon suam ini adalah pada waktu pagi, tapi jika anda mahu minum pada waktu lain, tiada salahnya!
Buah-buahan sitrus seperti lemon adalah sumber vitamin C yang baik yang bagus untuk kulit dan sistem imunisasi tubuh.
Selain itu, lemon juga mampu mengelakkan sembelit, melancarkan sistem penghadaman dan menyegarkan nafas.
Kandungan asid sitrik dalam lemon juga boleh mengelakkan penghasilan batu karang di buah pinggang.
Tak cukup masa untuk perah lemon? Jangan risau, gunakan pemerah lemon yang boleh didapati di sini, senang...jimat masa!
Lakukan Senaman
Foto Hiasan: iStock
Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan di rumah, senaman ringan pun memadai jika diamalkan berterusan.
Senaman dapat meningkatkan tenaga dan sistem metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga terbukti dapat membuatkan seseorang berasa lebih gembira dan menghilangkan stress, tekanan dan kerisauan (anxiety).
Cari sahaja jenis senaman ringan yang boleh anda ikuti di YouTube, ingat, jangan lakukan secara melampau, ikut kemampuan tubuh anda.
Jika anda memerlukan tikar senaman (exercise mat), banyak pilihan yang boleh di buat di sini, ikut citarasa dan keselesaan!
Kawal Pemakanan
Foto Hiasan: iStock
Menjaga pemakanan seimbang amatlah penting untuk kehidupan seharian. Tubuh kita memerlukan nutrien yang cukup untuk kekal sihat, bertenaga dan ceria.
Tanpa diet yang seimbang dengan nutrisi mencukupi, tubuh kita akan mudah diserang penyakit, mengalami keletihan dan pelbagai masalah lain.
Setiap hari, pastikan anda mengambil sayur, buah-buahan, karbohidrat, protein dan sumber lemak yang baik dalam menu harian. Elakkan makan berlebihan, nanti cepat pula naik berat badan!
Perlukan koleksi pinggan atau bekas baru untuk membangkitkan mood di meja makan? Klik di sini untuk membuat pilihan!
Tidur Dengan Cukup
Foto Hiasan: iStock
Selain menjaga pemakanan, mengamalkan senaman, tidur juga penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Tidur yang cukup mampu meningkatkan tahap konsentrasi dan produktiviti kehidupan seharian. Ia juga dapat mengelakkan penyakit jantung, strok dan peningkatan berat badan.
Jumlah jam tidur yang disarankan secara am untuk dewasa adalah sekitar 7-8 jam sehari.
Perlukan bantal baru yang selesa untuk tidur? Klik di sini untuk membeli secara dalam talian sahaja!
Demikianlah sedikit perkongsian cara mudah untuk menjaga kesihatan di rumah yang boleh diamalkan pada bila-bila masa, terutamanya ketika musim lockdown ini.
Apapun, sentiasa berfikiran positif, ambil tahu dan tanya khabar sesama sendiri. Amalkan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19.
Stay safe!
Sumber: healthline.com Kredit Foto: iStock
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024