Berita
Terlalu Sibuk & Tiada Siapa Memahami Dirinya Punca Ardell Aryana Masih Solo
Pelakon Ardell Aryana mengakui kesibukan menguruskan kerjaya dan perniagaan menjadi punca dirinya tidak mempunyai pasangan sehingga kini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ardell menjelaskan dia selesa dengan kehidupannya sekarang ini.
"My @alwadelhijab #yoursoulneedsme Jubah Cahaya. Ini menjadi punca kenapa saya masih solo dan masih tidak mendirikan rumah tangga lagi.
"Ini kerana saya terlalu sibuk dan tiada siapa yang memahami diri saya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pakaian yang digayakan oleh Ardell dan ada juga mendoakan agar dia ditemukan jodoh suatu hari nanti.
Ada yang berharap agar Ardell tidak tertekan memikirkan tentang soal jodoh kerana mungkin masanya belum tiba lagi.
Sebelum ini Ardell pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Nadzmi Adhwa namun mereka mengesahkan bahawa hubungan yang dijalinkan itu sekadar rakan baik sahaja.
Must-Watch Video