Terlampau Rindukan Anak, Mawar Rashid Hampir Putus Asa Nak Kejar Cita-Cita - "Demi Nak Bayar Zakat RM1 Juta & Bina Masjid"

Zulaikha Yusof
Oktober 16, 2020 01:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid menyatakan tugasnya sebagai seorang selebriti dan usahawan dalam masa yang sama bukan satu kerja yang mudah.
Menurut Mawar, 25, dia hampir ingin berputus asa dengan kerja kerana terlampau rindukan anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael.
"Kadang-kadang rasa nak give up semuanya sebab rindu anak @radenrafaelraf.
"Karier sebagai selebriti dan usahawan bukan mudah. Perlukan banyak masa untuk selesaikan video shoot, live dan lain-lain.
"Perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq, kene perah otak untuk @mawarosehq lagi. Untuk keluarga saya mawarose squad lagi.
"Masa dengan suami ok lagi, sebab suami sentiasa setia menemani tapi Rafael ni.. Rinduuu.. Kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa.. ni nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior," tulisnya.
Perkongsian yang disertakan dengan sebuah rakaman video bersama Rafael itu dimuat naik di Instagram (IG)nya, semalam.
Dalam pada itu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menyatakan dia tidak boleh berhenti separuh jalan demi mencapai cita-citanya untuk membayar zakat sebanyak RM1 juta dan juga membina sebuah masjid.
"Tapi saya tak boleh give up!! Mawar tak boleh berhenti! Mawar wajib teruskan demi BIG Y Mawar.
"Demi keluarga Mawar. Demi Mawarose squad. Demi pelanggan tersayang Mawar. Demi nak bayar zakat satu juta! Demi nak bina masjid bersama-sama kalian semua!
"Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa rindu kat anak-anak ni demi mencari rezeki dan demi membantu orang di luar sana, sama macam Mawar.
"Tapi yakinlah pengorbanan yang paling menyakitkan nilah yang akan mendatangkan hasil dan bekalan untuk ke akhirat nanti. Saya bersama anda!
"Terus gembira, terus bergerak, anda ibu yang bagus, bapa yang bagus dan anak-anak anda sangat berbangga dengan anda! Mereka belajar daripada anda! Buktikan kepada mereka! Anda hebat!," tulisnya lagi.
Mawar dan suami, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.
Kini, Mawar sedang hamil anak kedua dan kandungannya hampir memasuki lima bulan.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
#pelakon #Anak #Pelakon #Mawar Rashid #Zakat