Astro sebagai sebuah syarikat penyiaran sentiasa komited dan berusaha untuk meningkatkan kualiti produk supaya pelanggan mendapat pengalaman yang terbaik dalam menikmati rancangan-rancangan terkini.

Namun tahukah anda, antara jenis rancangan yang mendapat tontonan tertinggi ialah rancangan siaran langsung?

Walau bagaimanapun, satu isu yang selalu menyelubungi pengalaman tontonan rancangan siaran langsung adalah anda mungkin terlepas detik-detik kritikal atau menarik kerana anda berpaling dari kaca televisyen (tv) walaupun sesaat.

Malah, ada kadangkala kita terpejam mata sekejap pun sudah terlepas penyerang pasukan bola sepak kegemaran menjaringkan gol ‘trick shot’ atau detik-detik ‘blooper’ yang tidak disengajakan.

Tahu-tahu sahaja, detik-detik itulah menjadi ‘viral’ pada keesokan harinya.

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana dengan Astro Ultra Box, rancangan siaran langsung pun kita boleh ‘pause’.

Dengan fungsi ‘Live Pause’ ini, anda boleh hentikan siaran program kegemaran anda sesuka hati dan sambung kembali pada bila-bila masa sahaja! Hebat bukan?

Anda tidak lagi terlepas detik detik menarik seperti saat pengadil memberikan kad merah ataupun ketika hos mengumumkan juara pertandingan nyanyian kegemaran anda!

Walaubagaimanapun, ada syaratnya!

Pertama sekali, fungsi ini memerlukan sambungan internet dan Astro Ultra Box anda perlulah terhubung.

Hal ini kerana di saat anda menekan ‘pause’ ketika rancangan siaran langsung, siaran tersebut akan bertukar daripada rangakaian satelit kepada siaran Internet Protoco (IP).

Oleh itu, bila anda sambung kembali tontonan anda, ia akan bersifat penstriman melalui sambungan internet.

Kedua, fungsi Live Pause ini hanya boleh dilakukan pada saluran yang mempunyai kebolehan ‘Play from Start’.

Anda boleh menyemak senarai saluran-saluran ini pada ruangan FAQ di pautan ini: astro.com.my/ultra

Okay, sekarang kita akan tunjukkan macam mana anda nak gunakan fungsi Live Pause ini.

1. Ketika menonton rancangan siaran langsung di saluran yang membolehkan fungsi ini, tekan butang “OK” dan “Up” di alat kawalan jauh anda

2. Tekan butang “OK” sekali lagi dan anda akan lihat ikon “pause” di skrin TV anda

3. Kemudian, bila anda mahu sambung mainkan rancangan anda semula, anda cuma perlu tekan “OK” sahaja sekali lagi! Sangat mudah!


Fungsi Live Pause ini sangat mudah untuk diakses dan digunakan, supaya anda mendapat pengalaman terbaik dalam menikmati program kegemaran anda! Tiada lagi tangisan kerana anda terlepas detik-detik penting.

Kesemua ini boleh dilakukan dengan Astro Ultra Box! NOW. YOU. CAN.