Hiburan
"Terliur...Makan Pun Cantik" - Netizen Puji Zarina Anjoulie Makan Petai Jeruk
Pelakon Zarina Anjoulie berjaya membuat netizen terliur apabila memaparkan gaya serta aksi menikmati petai jeruk dengan penuh menyelerakan.
Gelagat Zarina yang sedang menjamu selera itu dimuat naik menerusi satu video di laman Instagramnya.
Menerusi video berdurasi 1:36 minit itu, Zarina berkongsi menu makan malamnya kepada netizen.
"Nasi, gulai lemak ikan, ulam dan jeruk petai.
“Saya boleh makan jeruk petai ni macam gula-gula,” katanya.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen dilihat teruja dengan menu makanan tradisi itu.
Malah, tidak kurang juga yang memuji pelakon tersebut yang masih kelihatan cantik biarpun sedang menikmati makan malam.
Anda boleh lihat antara reaksi dan komen menarik netizen di bawah:
Must-Watch Video