Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Terliurnya, Nak Resepi Boleh?” – Kongsi Foto Sekitar Sambutan Anniversary, Tapi Lobster Masakan Isteri Saharul Ridzwan Jadi Perhatian

Mya Amri
18/09/2019 08:28 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan dan isteri Qaabila Deena Emir baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga baru-baru ini.

Sambutan menjadi lebih manis apabila Qaabila Deena atau lebih mesra dengan panggilan Deena menyediakan masakan istimewa untuk suami tersayang.

Menurut Deena, ini merupakan cubaan kali pertama memasak udang kara dengan sos mentega berkrim.

Deena juga turut berkongsi foto makanan yang telah siap dimasak itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.

“Today we all celebrate our wedding anniversary dekat restaurant mewah! (rumah kami). Terima kasih kepada top chef kita iaitu diri sendiri kerana masak lobsters for the first time dengan jayanya! Haha.

“Alhamdulillah. Menu hari ni, sup tulang, lobster with creamy butter sauce dan bubur jagung. Simple je. Tapi bila masak dengan kasih sayang untuk insan tersayang. Semuanya jadi mudah dan sedap kan? Walaupun macam berperang kat dapur,” tulisnya.


Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya tertarik dengan masakan Deena dan memuji kemahiran memasaknya.

“Kalau tak baca caption tadi harus ingat dekat restoran betul. Food presentation cantik. Happy anniversary,” puji @rafidah_mohd_arifin

“Wah lobster tu nampak sedap! Macam real chef dah,” komen @fathiyahz2807

Tidak kurang juga ada yang meminta Deena untuk berkongsi resepi masakan enak tersebut.

“Boleh tak kalau saya nak resepi lobster tu please,” komen @zuezip

“Please upload resepi…” tulis @_shameensabrienaaa

Terdahulu, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.
#Saharul Ridzwan #Deena Emir
;