Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ternyata Allah Tunjukkan KebesaranNYA” – Shah THR Gegar Bersyukur Anak Disahkan Meninggal Dunia Kembali Bernafas

Fiza Kamarudin
30/10/2019 14:18 MYT
Penyampai radio THR Gegar Shah, mengucapkan rasa syukur melihat kebesaran Allah apabila anaknya yang disahkan meninggal dunia, kembali bernafas.

Shah berkata, pada mulanya doktor mengesahkan anaknya, Aliff Khalifah telah meninggal dunia selepas alat sokongan pernafasan ditanggalkan kira-kira jam 5 petang tadi (Rabu).

Bagaimanapun, selepas 10 minit Aliff secara tiba-tiba memberikan tindak balas dan perkara tersebut mengejutkan dia dan isteri.

“Alhamdulillah, anak saya bernyawa semula!

“Jujurnya saya memang mengharapkan keajaiban berlaku dan ternyata Allah nak tunjukkan kebesaranNYA.

“Aliff tiba-tiba tersedak dan dia masih bernyawa, keluar suara dan dia buka mata! Saya terkejut…dia masih bernyawa sehingga sekarang,” katanya.

Tambah Shah lagi, doktor juga membenarkan anaknya dibawa pulang selepas sudah boleh bernafas sendiri.

“Doktor terkejut, lepas mesin dicabut baby masih okay…Doktor arahkan kami bawa pulang anak selepas bayi boleh bernafas sendiri tanpa mesin.

“Saya gembira tetapi masih risau kerana tidak pasti dengan keadaan dia sekarang ini. Saya harap anak saya kembali sihat dan serahkan segalanya kepada Allah SWT,” katanya.

Sumber: mStar Online

;