gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
VIRAL
“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

"Ternyata Nasrani" - Aeril Zafrel Dikecam Gara-Gara Biarkan Anak Bermain Tepi Pokok Krismas

Amri Hassan
Amri Hassan
14/12/2017
02:43 MYT
Sponsor Banner
"Ternyata Nasrani" - Aeril Zafrel Dikecam Gara-Gara Biarkan Anak Bermain Tepi Pokok Krismas
Gara-gara memuat naik video dan beberapa keping foto anaknya bermain-main di tepi pokok Krismas, pelakon Aeril Zafrel dikecam netizen.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pelakon filem Aku Tak Bodoh itu termasuk mengikut amalan meraikan Hari Natal seperti kaum Nasrani.
Tampil memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar, kata Aeril rakaman itu dibuat ketika dia bersama keluarganya bercuti dan menginap di sebuah hotel.
"Saya minta maaf ya, kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok Krismas ini boleh terpesong dari agama.
"Untuk pengetahuan, pokok Krismas itu bukan di rumah saya.
"Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami menginap," tulisnya dalam entri terbaharu pagi tadi.
Saya mintak maff ya. Kalau disebabkan gambar anak sy bergambar dengan pokok Christmas ni boleh terpesong dari agama. Untuk pengetahuan Pokok Christmas tu bukan kt rumah saya. Pokok tu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk.??? . Slide ke kanan ➡️
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Dec 13, 2017 at 5:27pm PST
Aeril turut memuatkan salinan komen-komen ekstrim yang ditulis netizen di ruang komentar pada rakaman video dan foto anaknya di tepi pokok Krismas semalam.
Dia nyanyi apa ni?? Satu apa aku tak paham ???
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Dec 12, 2017 at 12:21am PST
Entri itu telah mendapat lebih 400 komen dan 43,000 tanda suka (likes) oleh netizen yang kebanyakannya mengecam tindakan Aeril.
"Ternyata nasrani," tulis salah seorang pengguna media sosial Instagram.
"Sambut Krismas... Buat apa raikan hari orang kafir," tulis pengguna lain.
"Akidah perlu dijaga, anak siapa ni?" soal salah seorang pengguna lain.
"Setahu saya umat Islam itu lebih baik tidak ikut merayakan Krismas, saya cuma ingin berbagi apa yang saya faham, tetapi semua itu pilihan masing-masing," pesan salah seorang pengguna.
Aeril bukan artis Malaysia pertama yang mendapat kecaman netizen gara-gara memuat naik entri sedemikian.
Terdahulu, pelakon Rita Rudaini dikecam gara-gara dituduh meraikan sambutan Hari Halloween bersama anak-anaknya beberapa bulan lalu.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @aeril_zafrel
Topic Berkaitan
#pelakon
#Kontroversi
#Aeril Zafrel
#Pelakon
#Hari Krismas
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement