Pelakon Lufya Omar, 37, meluahkan rasa kesal apabila tempat beribadat masih ditutup disebabkan pandemik Covid-19.

Susulan itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar terpaksa bersolat berdekatan kawasan lif di sebuah pusat membeli belah.

"Rasa sedih sangat la macam ni. Kita dah tak dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi tapi surau pun masih tutup! Pergi surau stesen minyak tutup.

"Pusat beli belah yang elite pun sama. Tak ada tempat solat. Ditutup. Tanya pekerja Islam pun tak tau mana nak solat. Akhir sekali solat tempat tercorot depan lif.

"Kalau kelab malam boleh buka, salon boleh buka, spa boleh buka, gimnasium, pusat beli belah boleh buka, kenapa surau tak boleh buka?

"Boleh dikatakan kebanyakan tempat beribadah orang Islam payah betul nak masuk. Alasan Covid? Yang cipta Covid ini siapa?

"Dah siapa juga yang boleh menghilangkan Covid ini? Macam ini punya cara makin menjauhkan umat Islam dengan Sang Pencipta!" tulisnya di Instagram Stories.

Tambahnya, waktu sekarang adalah masa terbaik untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan memperbanyakkan majlis agama dan melakukan solat hajat.

"Bukan ka sepatutnya dalam kesulitan inilah kita kena banyak muhasabah diri dan diperbanyakkan majlis-majlis agama dan solat hajat. Ni lain pula jadinya.. Makin jauh, memang makin banyak la orang yang tinggal solat macam ni.

"Allah kasi bala pada kita sekarang ni. Satu dunia dikelilingi dengan 1 penyakit yang digeruni iaitu Covid-19. Virus ni sangat la halus tetapi bisa membunuh jutaan manusia," tulis Lufya.



Dalam pada itu, ibu kepada Lana Haura berharap agar semua orang berpeluang untuk memperbaiki iman dan bertaubat.

"Makin menjadi-jadi gay boy segala boy di Kuala Lumpur. Maknyah makin berleluasa dan takda segan silu menayang di Instagram.

"Wanita Islam dah makin hilang harga diri dan lelaki mengabaikan tanggungjawab menjaga amanah Allah. Moga Allah beri kita masa untuk bertaubat dan memperbaiki iman. Amin," tulisnya lagi.