Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Terpaksa Tanggung Kos Rawatan Anak Patah Tangan, Rita Rudaini Dedah Punca Gagal Beli Polisi Insurans Baharu - “Malangnya Manusia Yang Buka…”

Asyikin Mayudin
06/10/2024 21:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila proses pembedahan tangan kanan anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin yang patah semasa bermain bola sepak sudah selesai.

Syukur proses selesai

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita turut berterima kasih kepada anak keduanya iaitu Airit Qaqa Arjuna sanggup mengorbankan waktu sekolah dan aktiviti demi menjaga Rayyan bersama-sama.

“Alhamduillah... semuanya dah selamat. hampir seminggu mommy dan adik berumah tangga di PCMC. Terima kasih adik berkorban sekolah dan aktiviti untuk sama-sama mommy jaga abang Ryan.

“Mommy selalu pesan kat diorang, kita senang sama-sama dan susah pun sama-sama. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing,” kongsinya.

Kos rawatan

Pada perkongsian yang sama, Rita turut mendedahkan dia terpaksa menanggung kos perubatan Rayyan yang mengalami patah tangan disebabkan anaknya yang berusia 15 tahun itu tidak mempunyai insurans.

“Kos rawatan Ryan dari mula patah tangan sampai la buka plate, mommy tanggung sendiri. Bukan insuran... sebelum ni Ryan ada insurans dari baby tapi mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang (insurans tu rupanya dah lapsed dah hampir 13 tahun pembayarnya dah stop bayar).

“Sebelum ni mommy ada ambil yang lain tapi dah lapsed masa PKP… Iepas tu mommy decide nak buat baru tapi dengan syarat akaun yang lapsed 13 tahun tu kena close dulu,” katanya.

Gagal beli Polisi baru

Dalam pada itu, Rita mendakwa masalah timbul apabila individu yang juga ‘pembayar’ insurans anaknya enggan memberi kerjasama dengan menandatangani dokumen bagi menutup akaun yang dah luput.

“Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk sign close akaun walaupun 'tandatangan itu PERCUMA' (walaupon ejen dah explain dan nasihat manusia terbabit).

“Jadi dapatlah mommy nak ambil insurans sama company dengan mommy dan adik… tak apa Ryan, ALLAH tu МАНA KAYA dan mommy ambil insurans lain tapi Insya-Allah mommy tetap beri yang terbaik untuk kamu berdua.

“ALLAH maha baik… DIA permudahkan segalanya. ALLAH hadirkan ramai yang sayang Ryan dan adik. Terima kasih atas doa-doa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Anugerah Ibu Ikon Malaysia, Netizen Label Rita Rudaini Sebagai Inspirasi

ARTIKEL BERKAITAN: “Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

#Rita Rudaini #Insurans #Airit Rayyan Rizqin #Anak Rita #Anak Rita patah tangan
;