Hiburan
Terpaksa Tunda Majlis Perkahwinan, Isa Khan & Risteena Munim Nangis Ketika Bercakap Dengan ...
Pelakon Risteena Munim, 31, menyatakan dia dan pelakon Isa Khan, 27, sepatutnya berkahwin pada 21 November lalu.
Menurut Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata disebabkan Covid-19 mereka terpaksa menangguhkan majlis ke tarikh lain.
"Sepatutnya saya dan @theisakhan akad nikah pada 20.11.2020 sehari selepas hari jadi saya.
"Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi pandemik yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.
"Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang. Kami akan bersama-sama dan akan lebih kuat dalam menjalani segala dugaan," tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sentiasa memberi sokongan.
"Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan pasangan yang sangat mencintai saya. Semoga semua urusan dipermudahkan. Doakan yang baik-baik," tulisnya lagi.
Perkongsian itu turut dimuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan Isa dan Risteena menitiskan air mata ketika bercakap dengan ibu Risteena, Che Bunga Salleh.
Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Sebelum ini, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Must-Watch Video