HIBURAN

Terpisah Sejak Lahir, Adam Corrie Kongsi Detik Pertemuan Semula Dengan Adik - "Pertama Kali Lihat Dia Saya Tahu..."

Umirah Halim 30/01/2025 | 00:55 MYT

Pelakon Adam Corrie berkongsi semula momen sewaktu bertemu kembali dengan adik lelakinya yang terpisah sejak lahir.

Kata Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 57, pertemuan tersebut berlaku selepas adik lelakinya itu melihat dirinya di kaca televisyen.

“Ketika itu baru habis Akademi Fantasia saya kongsi mengenai cerita keluarga saya di rancangan trek selebriti. Kemudian kakak yang menjaga dia beritahu pada adik saya, jadi dia call Astro dan pihak Astro maklumkan saya perkara ini.

“Jadi saya call dia dan jumpa. Pertama kali lihat dia saya tahu itu memang adik saya kerana mata dan muka dia memang sebiji,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada sama, pelakon filem KL Gangster itu turut mendedahkan masih ada seorang lagi ahli keluarganya yang belum ditemui memandangkan keluarga angkat adiknya itu memilih untuk memutuskan hubungan bersama ibu dan bapanya.

“Keluarga mendiang ayah saya seorang tentera jadi anak ramai, jadi ayah saya tidak boleh nak kawal dia pula dapat tawaran pergi kerja ke luar negara jadi ibu tak boleh nak kawan anak yang ramai jadi terpaksa bagi dekat rakan baik dia.

“Adik saya seorang lagi memang sudah putus hubungan. Keluarga belah sana beritahu sudah putus silaturrahim.

“Sehingga kini kami tidak berjumpa. Kami terpisah sejak tahun 1974 lagi,” tambahnya.

Sementara itu, Adam turut berkongsikan mengenai sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama ibu dan adik lelakinya.

"Alhamdulillah setiap kali raya, saya memang akan pulang jenguk mak dan penuhi apa yang dia perlukan. Cuma sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, mak pun semakin uzur sebab sudah mencecah usia 84 tahun.

"Jadi untuk tahun ini, saya akan bawa mak keluar untuk makan besar dan insya-Allah akan disertai adik saya yang juga beragama Islam dan abang saya,” ujarnya lagi.

BERITA TRENDING: ‘Game Over Feena” - Adik Along Cham Bongkar Komplot Isteri & Rakan-Rakan

BERITA TRENDING: Didakwa Seleweng RM100K, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis

BERITA TRENDING: “Saya Doa Pada Allah Kalau Kandungan Itu Milik Saya, Kekalkan Tapi Jika Sebaliknya, Keluarkan” - Along Cham

#Adam #Adik #Corrie #Terpisah