Pesohor Indonesia, Kris Dayanti dan kakaknya, Yuni Shara sedang berduka dengan seluruh ahli keluarga mereka.

Bapa kesayangan, Trenggono meninggal dunia pada usia 79 tahun di Denpasar, Bali.

Khabar duka itu disampaikan secara langsung oleh kedua adik beradik popular ini menerusi akaun Instagram masing masing.

Kris Dayanti atau KD malah mengungkap kesedihannya kerana tidak berada di sisi allahyarham sewaktu lelaki kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir.

"Sugeng Tindak papa. maafin aku nga nemenin papa pergi. Lahul fatihah," tulis Krisdayanti di akaun Instagramnya, @krisdayantilemos, Khamis (15/7/2021).

A post shared by ????ᦔꪖꪗꪖꪀ?? (@krisdayantilemos)


Sebelumnya, isteri Raul Lemos itu menuliskan: "Innalilahi wa innailaihi rojiun. Telah meninggal dengan tenang Di Denpasar Bali tanggal 15 Juli 2021 pukul 15.00 WITA. Papa, Opa kami, Bapak TRENGGONO dalam usia 79 tahun," tulis KD.

A post shared by ????ᦔꪖꪗꪖꪀ?? (@krisdayantilemos)


Yuni Shara juga ikut menyampaikan khabar duka tersebut dengan memohon agar semua pihak mendoakan dan dosa allahyarham diampunkan.

Bagaimanapun baik KD ataupun Yuni belum memberi kenyataan rasmi mengenai punca kematian bapa mereka. Namun KD mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menguruskan jenazah bapanya malam ini.

Sementara itu meninjau Instagram keduanya, baik KD mahupun Yuni berkongsi beberapa foto kebersamaan mereka bersama sang ayah semasa hidup.

Dalam Insta Story pula, KD dilihat menangis dan sempat berkongsi momen dia sedang menatap hiba wajah allahyarham buat kali terakhir dalam warna hitam putih.

Seperti diberitakan media tempatan, KD dan Yuni terpisah dari bapa sejak mereka berusia sekitar 5 tahun lantaran ibu dan bapa bercerai.

Allahyarham kemudian menikah dan memiliki 4 anak bersama isteri baharunya. Mereka menetap di Bali, sementara KD dan Yuni berpindah dari Batu dan tinggal di Jakarta sejak tahun 1984.

Meski tidak tinggal bersama allahyarham, hubungan KD dan Yuni bersama bapa dan adik beradik tiri mereka sangat akrab.

Salam belasungkawa dari Gempak.

Instagram: @krisdayantilemos, @yunishara