Tersalah Diagnos Sebagai Autisme, Lelaki Alami Gangguan Kesihatan Mental Tikam Ibu 30 Kali
Gempak
09/07/2024 13:45 MYT
09/07/2024 13:45 MYT
Seorang lelaki berusia 23 tahun menikam sehingga mati ibunya dengan menggunakan pisau selepas mengalami masalah gangguan mental yang sebelum ini disahkan sebagai autism.
Pada hakikatnya Alam William yang berasal dari Liverpool menderita gangguan paranoid schizophrenia.
Dia membunuh ibunya, Lorraine Cullen, 43, selepas berdelusi wanita itu akan mencederakan adik perempuannya yang berusia lapan tahun.
Cullen mengalami kecederaan parah dengan lebih 30 kesan luka pada bahagian belakang badan dan leher.
William lalu menyerang ibunya dengan menggunakan dua sehingga tiga pisau di ruang tamu rumah mereka di Huyton, Liverpool, pada 10 Mei 2020, lapor DailyMail.uk.
Kini lelaki tersebut ditahan di sebuah pusat kesihatan mental dengan kawalan ketat sejak kes pembunuhan tersebut berlaku.
Menurut laporan sama, William telah tersalah didiagnos sebagai seorang autism tiga tahun sebelum pembunuhan berlaku.
Kecuaian tersebut berlaku selepas pakar gagal mengesan beberapa peluang yang menjurus kepada masalah gangguan kesihatan mental dalam kategori paranoid schizophrenia yang telah dialaminya sejak beberapa tahun sebelum itu.
Kepada pakar psikiatri William mengaku mempunyai hubungan yang akrab dengan ibunya. Dia yang sedar perbuatan kejamnya itu selepas tidak lagi berdelusi mengaku sangat malu dengan jenayah yang dilakukan.
Dia bagaimanapun terdengar bisikan mengenai ibunya akan mencederakan adiknya dengan cara melemaskan atau memotong lehernya.
“Dia percaya ibunya akan membunuh adiknya dengan cara melepaskan atau memotong lehernya.
“Ini adalah satu kesilapan klinikal (salah diagnos) yang sangat teruk,” ujar pendakwaraya kes tersebut.