Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tertekan Dengan Sinior, Doktor Pelatih Suntik Diri Dengan Ubat Bius Hingga Maut

Ernalisa
19/08/2024 03:00 MYT
Gara-gara tertekan dengan tekanan daripada siniornya, seorang doktor pelatih wanita 30 tahun membunuh diri apabila dia menyuntik dirinya menggunakan ubat bius hingga maut.

Dia ditemui di bilik tidur sewanya kira-kira jam 11 malam apabila doktor berkenaan dikatakan gagal dihubungi teman lelakinya sejak pagi lagi.

Disebabkan gagal mengesan teman wanitanya itu,lelaki tersebut cuba meminta bantuan rakan doktor berkenaan untuk memeriksa bilik kekasihnya itu.

Ketika pintu diketuk, pintu Allahyarhamah gagal dibuka sehingga rakannya cuba mendapatkan bantuan tukang kunci.

Menyayat hati, ketika pintu berjaya dibuka, rakannya turut menjumpai dairi harian simati yang penuh dengan luahan tekanan menjalani latihan perubatan di institusi kesihatan yang dijalani doktor pelatih berkenaan.
Ini termasuklah tekenan berdepan karenah para sinior yang sering mengeluarkan arahan-arahan rumit.

BERITA TRENDING :Baim Wong Enggan Ulas Lanjut Isu Pergolakan Rumah Tangga - "Doa Yang Terbaik..”

BERITA TRENDING :Mierul Rileks Je Tapi Arabella Cuak Nak Kerja Dengan Michael Ang | Singgah Set

BERITA TRENDING : Afrina Hanie Sebak, Sifatkan Allahyarham Nidza Afham Abang Yang Baik - "Minta Maaf Sangat Kalau Aku Liat Dengar Nasihat Kau"

BERITA TRENDING :Kakak Arwah Nidza Afham Tidak Dapat Tahan Sebak Kongsi Detik Bapa Laungkan Azan

Antara yang dikingsikan si mati ialah:, waktu kerja harian selama 18 jam tanpa henti dan jika dapat giliran pantau patient pelatih harus bertugas selama 24 jam secara minimal.

Sementara itu hasil siasatan polis mendapati Aulia telah menyuntik sendiri ubat bius ke dalam tubuh ya di lengan.
#Bunuh #Jururawat #Stress #Diri #Junior
;