Baru-baru ini Muhamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Zach King Malaysia diterbang ke Budapest, Hungary, untuk bertemu dengan pelakon terkenal Hollywood, Will Smith.

Ketika dihubungi Gempak, Sofian memberitahu dia sangat teruja apabila diminta oleh Universal International Picture untuk bekerjasama dengan Will Smith mempromosikan filem terbarunya, Gemini Man.

Awkward moment ever! ? Tak tahu kenapa sampai depan dia habis semua ayat tak terkeluar. Speechless terus bhai!! ??? btw thankyou semua yang support ??‍♂️??‍♂️ @era.je @uipmalaysia ? #9forstvid #piantowillsmith #geminiman #era.je

A post shared by Mohamad sofian (@sofyank96) on


"Saya dijemput untuk bekerjasama dalam projek 'Content Creator With Will Smith' bertujuan mempromosikan filem terbarunya, Gemini Man.

"Sangat teruja kerana inilah kali pertama saya bertemu dengan pelakon Hollywood yang terkenal di seluruh dunia, apatah lagi dapat bekerjasama dengan beliau," kata Sofian kepada Gempak.

This is not the final video ??‍♂️ InsyaAllah kalau tiada halangan, video akan diupload esok, dan paling lewat hari sabtu ?? Gais i challenge you to write ?? W I L L S M I T H Tanpa gangguan di komen? ?? @era.je @uipmalaysia #willsmith #teaservideo #belikezachking #9forstvid #geminimanmy #uipmalaysia

A post shared by Mohamad sofian (@sofyank96) on


Sofian yang menjadikan Zach King sebagai idola mula belajar tentang kesan visual hanya melalui YouTube, walaupun mendapat pendidikan dalam bidang perakaunan di UiTM yang jauh daripada minatnya.

"Saya tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang kesan visual (visual effect) tetapi hanya belajar sepenuhnya daripada YouTube.

“I did it mom✨” Meeting you had been my ultimate dream...but to be in one of your videos is legendary! Couldn’t asked for more than this. Thank you for this opportunity! ‬ ‪Let’s make @zachking video’s trending in Malaysia gais ??‍♂️‬ ‪My partner in crime @markdeen_04 ‬ ‪ #9forstvid #zachking #piantozachking #dreamcomestrue

A post shared by Mohamad sofian (@sofyank96) on


"Tujuan utama saya adalah untuk memberitahu kepada mereka di luar sana bahawa kita semua boleh buat apa yang kita inginkan jika kita ada kemahuan," jelas Sofian.

Menurut Sofian, segalanya menjadi bertambah besar apabila dia berpeluang bertemu dengan idolanya, Zach King di Jakarta Indonesia beberapa bulan lalu.



"Pertemuan saya dengan Zach King membuka mata ramai apabila Zach King turut mempromosikan skil yang saya ada, sekaligus mendedahkan saya pada lebih ramai peminat kesan visual.

"Dari situ lebih banyak peluang yang terbuka untuk saya, dan saya rasa bangga serta berterima kasih," tambah Sofian lagi.

Anak kelahiran Kelantan ini juga sangat teruja apabila Will Smith turut meletakkan video hasil yang dibuatnya di Instagram pelakon Hollywood tersebut.

"Seronok dan teruja kerana saya dapat tahu Will Smith 'repost' video saya pada pukul 4:00 pagi, tapi saya tidak tahu nak berkongsi dengan siapa kerana terlalu awal.

Repost @sofyank96 ・・・ Clone is not good! Its enough to be yourself! Not even in my dream to collab with the biggest superstar in world , but when i do get the chance, definitely i will do my best! ?? Thankyou @willsmith for your kindness to make a video with me? Thankyou @lukaskaiser for approve my idea ?? See GEMINI MAN in 3D+ HFR ok gais - In Cinema 10.10.19 Gais jom spam @willsmith dan @lukaskaiser sampai Will dapat tengok video ni ??‍♂️ Full vlog klik link di profile saya tau ? #geminimanmy #willsmith #geminiman #9forstvid #aftereffects

A post shared by Will Smith (@willsmith) on


"Bila sudah bangun kembali, barulah saya mula berkongsi berita tersebut dengan teman-teman terdekat," jelas Sofian.

Menurut Sofian lagi, dia menyimpan cita-cita untuk bekerja di Hollywood dengan mana-mana syarikat produksi yang menerbitkan filem-filem blokbuster.

"Mereka yang bekerja untuk filem blokbuster ini bukannya seratus dua, tetapi mungkin mencecah ribuan orang. Saya mahu bekerja dengan mereka dan belajar lagi untuk menjadi lebih baik," kat Sofian.

Semoga Sofian berjaya mencapai impian dan jika anda ingin mengikuti video-video kesan visual yang dihasilkan oleh Sofiyan, anda boleh mengikutinya di Instagram @sofyank96 dan juga YouTube.