Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”
Asyikin Mayudin
12/09/2024 01:51 MYT
12/09/2024 01:51 MYT
Memegang watak sebagai seorang mualaf yang memerlukan dirinya memakai tudung membuatkan pelakon Nina Kho berasa teruja biarpun mengakui sukar untuk menggayakan imej itu.
Teruja pakai tudung
Nina atau Nina Kho Siew Ching, 33, berkata, dia juga berasakan wajahnya kelihatan cantik apabila menggayakan hijab selain dilihat ‘suci’.
“Saya rasa bila memakai tudung memang sangat cantik tapi saya pula tidak pandai nak menggayakan tudung.
“Saya jadi terfikir rakan-rakan yang pakai tudung memang sukar sebab kena tahan panas pula.
ARTIKEL BERKAITAN: Berdarah Campuran Thailand-Belanda, Peluk Islam Sebelum Kahwin, Ini 7 Fakta Mengenai Dali Wassink
ARTIKEL BERKAITAN: Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”
“Tapi saya rasa nampak cantik pakai tudung dan nampak suci malah ramai memuji apabila saya muat naik foto berhijab di media sosial,” katanya kepada Gempak.
Nina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media drama Satu Hati Nanti yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, The Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Sukar gayakan
Dalam pada itu, Nina memberitahu dia tidak kisah membawakan watak wanita bertudung dan mengakui bukan mudah untuk menggayakannya dengan kemas.
Tambahnya lagi, kini dia juga sudah memahami kenapa seseorang wanita itu perlu menutup aurat dalam Islam.
"Sejak memegang watak seorang mualaf juga saya sudah mula faham kenapa wanita perlu memakai tudung.
"Saya tidak kisah untuk membawakan watak wanita bertudung kerana saya memang suka. Mak saya pun puji apabila anaknya cantik pakai tudung.
"Sejujurnya saya akui memang susah pakai tudung. Kalau tengok orang lain pakai macam senang sahaja, tapi bila nak lilit sendiri agak susah," ujarnya.
#Mualaf
#Wanita bertudung
#Pelakon bertudung
#Nina Kho
#Nina Kho pelakon
#Nina Kho tudung
#Watak mualaf