,
Viral

Berdarah Campuran Thailand-Belanda, Peluk Islam Sebelum Kahwin, Ini 7 Fakta Mengenai Dali Wassink

Gempak
23/07/2024
08:27 MYT
Kisah mengenai jenazah Dali Wassink dari Bali, Indonesia yang diuruskan mengikut kepercayaan bukan Islam meraih perhatian wargamaya.
Dali yang sudah bergelar mualaf sebelum meninggal dunia dikhabarkan tidak mengerti mengenai cara pengurusan jenazah mengikut agama Islam, sehingga meminta jenazahnya dibakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Suami Dibakar Meskipun Sudah Mualaf, Ini Jawapan Pelakon Jennifer Coppen - “Papa Dali Baru Belajar Agama Islam…”

Namun, siapakah Dali Wassink? Berikut merupakan beberapa fakta mengenai lelaki yang pernah bergelar suami kepada pelakon Jennifer Coppen itu:

1. Berdarah kacukan Belanda dan Thailand

Nama sebenar Dali Wassink ialah Yitta Dali Wassink. Dilahirkan pada 6 Jun 2002, Dali mempunyai darah kacukan Belanda dari sebelah bapa (Marlon Raoul Wassink) dan Thailand sebelah ibu (Yaowaret Prawat).

2. Sudah lama tinggal di Bali

Sungguhpun berasal dari Thailand, namun, ibu Dali Wassink, Yaowaret sudah lama menetap di Bali, Indonesia.

Menerusi informasi yang dikutip daripada Facebook, Yaowaret menulis yang dia telah menetap di pulau itu selama lebih 21 tahun.

​ARTIKEL BERKAITAN: Baru Peluk Islam, Lelaki Mualaf Ini Bawa Babi Untuk Dijadikan Haiwan Korban

3. Ada seorang adik

Bukan anak tunggal, Dali mempunyai seorang adik perempuan bernama Zoe Wassink. Namun, tiada maklumat lanjut mengenai Zoe.

4. Ibu Dali miliki restoran masakan Thailand di Bali

Tidak hanya tinggal di Bali, ibu Dali Wassink juga dikatakan memiliki restoran masakan Thailand di sana. Selain sebagai pemilik restoran, difahamkan ibunya juga bergelar sebagai seorang cef.

​ARTIKEL BERKAITAN: Taja Baju Pengantin 20 Pasangan Asnaf & Mualaf, Kini Bulan Bintang Nak Belanja Pasangan Honeymoon Percuma Di Bali!

Terletak di Sanur, Bali, restoran diberi nama Kin Tiew itu dikatakan mempunyai pelbagai menu yang terdiri daripada masakan halal sehingga tidak halal.

5. Rumah tangga

Dali Wassink mendirikan rumah tangga bersama pelakon Jennifer Coppen pada 10 Oktober 2023. Mereka berkahwin selepas keduanya menerima kehadiran anak sulung perempuan mereka, Kamari Sky Wassink. Kamari dilahirkan pada 28 Ogos lalu.

6. Peluk Islam

Dali Wassink dikatakan telah memeluk Islam sebulan sebelum bernikah dengan Jennifer Coppen. Menerusi temu bual yang diterbitkan oleh Suara.com, Jennifer mengesahkan hal tersebut.

​ARTIKEL BERKAITAN: Suami Mualaf, Nana Mahazan Tak Pening Fikir Giliran Pulang Beraya

7. Jenazah dibakar atas permintaan Dali Wassink

Minggu lalu, kecoh di laman sosial apabila jenazah Dali disempurnakan dengan cara dibakar selepas lelaki itu meninggal dunia akibat kemalangan. Dikatakan sudah memeluk Islam, hal tersebut sudah tentu mencambahkan perdebatan dalam kalangan netizen.

​ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Peri Akui Dirinya Seorang Mualaf, Dedah Tiada Yang Baca Yasin Ketika Bapa Meninggal Dunia

Dari situ, ada yang mendakwa jenazah Dali dibakar kerana permintaan keluarganya. Namun, baru-baru ini, isteri Dali iaitu Jennifer mendakwa yang Dali sendiri meminta agar jenazahnya disempurnakan dengan cara begitu selepas kematiannya.
Sumber: Popmama, Suara.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Hiburan

Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”

gempak
12/09/2024
01:51 MYT
Memegang watak sebagai seorang mualaf yang memerlukan dirinya memakai tudung membuatkan pelakon Nina Kho berasa teruja biarpun mengakui sukar untuk menggayakan imej itu.
Hiburan

Jennifer Coppen Sebak Ustaz Derry Sulaiman Ajak Laksanakan Ibadah Umrah, Mahu Berangkat September Ini

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Susulan pemergian arwah suaminya, Dali Wassink, pelakon Jennifer Coppen dijemput untuk melaksanakan ibadah umrah oleh Ustaz Derry Sulaiman.
Hiburan

Tak Mahu Hidup Dalam Kesedihan, Jennifer Coppen Terpaksa Berpindah - “Setiap Sudut Ruangan Rumah Mengingatkan Aku Tentang Papa Dali”

gempak
29/07/2024
08:25 MYT
Pelakon Jennifer Coppen mendedahkan dia mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari kediamannya bersama arwah suami, Dali Wassink di Bali buat sementara waktu.
Unitar