Penyanyi dangdut dari Indonesia, Lesti Kejora akhirnya memberi komen tentang dirinya yang diumumkan sebagai wanita tercantik nombor lima di dunia.

Pengiktirafan itu diperoleh melalui versi Top Beauty World yang memang diadakan setiap tahun.

Bagaimanapun, pemilihan Lesti sebelum ini mendapat banyak respon daripada warga Indonesia.

Ada yang menyokong, namun tak kurang juga yang mengkritik kemenangan kekasih Rizky Billar ini.

Menurut mereka, Lesti tidaklah terlalu cantik sehingga boleh duduk di posisi kelima. Ada juga yang menyifatkan ramai selebriti Indonesia yang lain seperti penyanyi Raisa dan Natasha Wilona yang lebih layak mendapatkan pengiktirafan lebih tinggi daripadanya.

Setelah mendapat banyak kritikan, Lesti mengaku dia tidak ambil pusing mengenai tanggapan yang diberikan kepadanya.

Malah, hal yang tidak membuatnya sangat terasa hati apabila dikritik tidak layak menjadi wanita tercantik dunia adalah kerana bukan dirinya yang mengatakan dia cantik.

"Saya tak mahu ambil peduli. Saya hanya beri fokus kepada yang mendukung saya. Fokus pada hal hal yang positif saja," katanya seperti ditulis oleh GempakId.

Pemilihan Lesti di tangga kelima tercantik dunia itu pun menjadi kontroversi kerana dia menewaskan nama wanita cantik lainnya dari Hollywood seperti Selena Gomez dan Asia iaitu
Lisa Blackpink.

Terpicunya kontroversi tersebut juga membuatkan pihak Top Beauty World menjelaskan bahawa setiap pemilihan yang dilakukan berdasarkan melalui beberapa faktor yang ditentukan oleh pihak pihak yang telah dipilih dan dipertanggungjawabkan untuk menilai sekaligus menentukan kecantikan mereka.

"Kami memiliki pakar, antaranya dari doktor kosmetik di Los Angeles dan menentukan kecantikan mereka dengan penilaian penilaian yang dibuat.

"Jadi jika ada yang kurang berpuas hati, mungkin boleh melupakan pertandingan kami supaya tidak menimbulkan lebih banyak kekeliruan," tulis keterangan Top Beauty World di akaun Instagramnya.

Pemilihan wanita cantik versi Top Beauty World sudah dimulai dari tahun 2015. Mereka memilih 100 wanita tercantik dari seluruh dunia.

Tahun ini, wanita tercantik di dunia versi Top Beauty World dimenangi oleh pelakon dari Turki, Hande Ercel.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.

Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!

Instagram: @lestikejora