Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Teruk & Jijik! Dia Ugut Nak Rampas & Rogol Saya" - Amelia Henderson Dedah 'Episod Hitam' 12 Tahun Lalu

Hanafis Haris
17/06/2019 10:17 MYT
Melihat pada karakternya yang ceria serta berkeyakinan tinggi, siapa sangka pelakon jelita Amelia Henderson, 24, pernah melalui episod hitam apabila menerima ugutan rogol 12 tahun lalu.

Amelia yang juga seorang model mendedahkan, kejadian berkenaan berlaku selepas menghadiri satu acara membabitkan satu program televisyen.

Menurutnya, ketika itu dia banyak bertukar nombor telefon peribadinya bersama individu yang menghadiri acara berkenaan.

"Tidak lama kemudian saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh seorang individu yang tidak dikenali. .

"Dia tahu siapa saya, siapa keluarga saya dan mana saya tinggal. Paling teruk dia mengugut untuk rampas saya daripada keluarga dan mahu merogol saya sampai mati.

"Kejadian itu sangat teruk dan jijik. Ibu saya mahu hentikan kerjaya saya dalam bidang pengiklanan dan komersial buat seketika," katanya.

Menurut Amelia, pengalaman itu sedikit sebanyak menjadikan dirinya lebih matang untuk berdepan dengan sebarang kritikan dan cacian khususnya di media sosial.

"Jika saya mampu berdepan dengan isu yang lebih besar, apalah sangat kalau netizen nak pertikaikan kemenangan saya di anugerah Asia Model Awards di Korea Selatan baru-baru ini.

"Saya tidak kecil hati tapi kalau orang cakap saya bukan orang Malaysia, saya boleh tunjuk sijil kelahiran atau pasport.

"Saya tidak kisah apa yang orang ingin cakap pasal saya tetapi jangan sentuh apa-apa berkaitan keluarga,” katanya ketika ditemui pada set penggambaran filem J Retribusi di Johor Bahru, Jumaat lalu.

Amelia Thripura Henderson berlakon bersama Zul Ariffin, Datuk Rosyam Nor, Ashraf Sinclair dalam sekuel filem J Revolusi dengan kos RM5 juta.
#pelakon #Pelakon #Model #Ugutan
;