Pelakon Intan Najuwa menarik perhatian netizen apabila mendedahkan dia tidak tahu cara untuk mengisi minyak kenderaannya.

Hal itu ekoran ketiadaan pembantu peribadinya (PA) yang kini sedang bercuti.

"Today hidup I sangat huru-hara, sebab PA I cuti. I nak isi minyak kereta pun tak tahu macam mana.

"Teruknya hidup Ya Allah," katanya menerusi sepotong rakaman video di Instastories miliknya semalam.

Video itu bagaimanapun kini tular di Twitter dan mengundang pelbagai cemuhan dalam kalangan netizen.

Ada yang menyifatkan pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu sekadar cantik namun gagal dalam hal kemandirian hidup.

Oktober lalu, nama Intan Najuwa menjadi sebutan apabila dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberikan keterangan sebagai saksi berhubung prosiding kes dadah.