Viral

Terus Dihenyak Kritikan Sejak Semalam, Zus Tampil Dengan Permohonan Maaf Ke-2

gempak
Umirah Halim
17/05/2024
02:59 MYT
Sponsor Banner
Terus Dihenyak Kritikan Sejak Semalam, Zus Tampil Dengan Permohonan Maaf Ke-2
Jenama kopi tempatan Zus Coffee tampil menyatakan permohonan maaf untuk kali kedua, susulan kenyataan pertama menerima kecaman hebat dalam kalangan pelanggan dan netizen.

Zus Coffee khilaf

Menerusi kemas kini di platform media sosial, jenama kopi tersebut memaklumkan kekhilafan mereka terhadap ketidakjelasan yang disampaikan menerusi pendirian terhadap Palestin dan genosid.
“Kepada pelanggan kami yang dihargai dan komuniti yang lebih luas, Kami mengakui bahawa kenyataan kami sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian kami terhadap tindakan genosid di Palestin.

“ZUS Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini,” tulisnya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, jenama tersebut turut berjanji akan lebih berhati-hari dalam membuat sebarang keputusan pada masa akan datang.
“Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai- nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia.
“Terima kash atas kesabaran dan sokongan anda dalam perjalanan kami untuk terus berkembang dan belajar bersama anda,” tulisnya.
Sebelum ini, jenama itu membuat permohonan maaf susulan berdepan dengan kritikan warganet setelah mengeluarkan hantaran video promosi bersama jenama pro-Israel.
Pihak Zus Coffee telah memaklumkan bahawa perkara tersebut bukanlah hasil kerjasama mereka bersama jenama tersebut.

Berita Trending: Muat Naik Video Promosi Bersama Jenama Pro-Israel, Zus Coffee Mohon Maaf

Berita Trending: Isu Straw Cepat Lembik, Akhirnya Jenama Minuman Tempatan Ini Beri Respons!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024