Viral

Isu Straw Cepat Lembik, Akhirnya Jenama Minuman Tempatan Ini Beri Respons!

gempak
Gempak
22/04/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Straw Cepat Lembik, Akhirnya Jenama Minuman Tempatan Ini Beri Respons!
Sejak kempen ‘hapuskan penyedut minuman plastik’ dijalankan beberapa tahun lalu, ramai dalam kalangan pengusaha kedai makan, cafe mahupun restoran mengambil inisiatif menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan mudah lupus.

Pelbagai jenis

Sebagai contoh, ada yang menggantikan penyedut minuman pastik dengan penyedut minuman kertas, dan tidak kurang menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada tepung beras.
Jenama kopi tempatan popular, Zus antara pengusaha minuman yang menggunakan penyedut minuman tepung beras sejak kempen berkenaan dilaksanakan.
Sungguhpun mesra alam, namun, penyedut minuman ini cepat mengembang dan jika air yang dipesan tidak dihabiskan dalam masa yang cepat, penyedut berkenaan akan pecah.
Terbaharu, menerusi satu hantaran di platform X, Zus memberi bayangan yang mereka bakal menukar jenis penyedut minuman tidak lama lagi.
Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh pelanggan, Zus membalas:
Rata-rata memberikan reaksi positif terhadap balasan Zus terhadap hantaran pelanggan tersebut. Namun, tidak kurang ada yang bersedih kerana penyedut minuman tersebut sudah dianggap seperti ‘makanan’.
Sumber foto: Remy Rafe Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Straw Dimasak Jadi Hidangan Pasta, Video Tular Ini Mengundang Pelbagai Reaksi Netizen - “Aku Murung”

ARTIKEL BERKAITAN: Sorry Straw Besi Kami Dah Jumpa Pengganti Dah.. Straw Rumput!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live