Viral

Terus Ditegur Di TikTok Tentang Cara Penyediaan Makanan, Peniaga Glove Kuning Jemput Health Inspector Datang Kilang

gempak
Gempak
20/03/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Terus Ditegur Di TikTok Tentang Cara Penyediaan Makanan, Peniaga Glove Kuning Jemput Health Inspector Datang Kilang
Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur secara terbuka seorang peniaga makanan dan juga pencipta kandungan di platform X baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi teguran yang dibuat oleh KKM tersebut, ramai dalam kalangan wargamaya menzahirkan rasa setuju, selain mengakui masih kurangnya kesedaran tentang cara penyediaan makanan yang betul oleh kebanyakan peniaga tempatan.
Tidak hanya teguran yang rasmi di platform X, peniaga tersebut turut ditegur oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai pemeriksa kesihatan KKM di TikTok.
Begitupun, jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Terdahulu, peniaga berkenaan menerima kecaman kerana menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang tidak sesuai digunakan dalam penyediaan makanan.
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: KKM Tegur Peniaga Wanita Popular Guna Sarung Tangan Kuning Sediakan Makanan

BERITA TRENDING: Dahlia Rizal Tak Selesa Peminat Tarik Tangan Kuat-Kuat, Pegang Kulit Muka Tanpa Izin - "Jangan…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live