gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
HIBURAN
Netizen Sebak Tengok Video Momen Manis Fazura Bersama Fatima - “Doa Ibunya Akan Sentiasa…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terus Menyengat! Butak Masih Nombor 1 Biarpun Hampir 2 Minggu Ditayangkan!

Hanafis Haris
Hanafis Haris
20/10/2020
09:09 MYT
Sponsor Banner
Terus Menyengat! Butak Masih Nombor 1 Biarpun Hampir 2 Minggu Ditayangkan!
Sejak ditayangkan pada 8 Oktober lalu, filem Butak terus ‘dibanjiri’ dengan pelbagai respon dan maklum balas yang sangat positif.
Bukan hanya daripada penonton biasa, malah pengkritik filem juga turut memberi ulasan yang cukup cemerlang.
Namun, apa lebih membanggakan, Butak masih berada di kedudukan pertama biarpun telah 12 hari ditayangkan di Astro First.
Menerusi posting terbaru di Instagram Astro Shaw, Butak masih mengungguli carta filem paling banyak ditonton ketika ini.
“Terbaik lah, sampai hari ni Butak masih lagi kekal di tangga pertama carta.
“Strim Butak menerusi saluran 480, Astro Go atau Ultra Box,” kata pengendali akaun tersebut.
Selain Butak, antara filem yang masih berada di Top 5 Filem Astro First adalah Kelaster, Jebat, Takut ke Tak dan Tamani.
View this post on Instagram
Terbaik lah! Sampai hari ini Butak masih lagi kekal di tangga pertama Carta.. . Strim Butak menerusi Saluran 480, Astro GO atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di http://onelink.to/freeastrogoapp . @iiz1_fi3 @sabriyunus @boharibinibrahim @kazar35 @realfimiedon @__mellyamalin @fazli_daniel @azman_hassan_77 @imudaart . #Butak #FilemButak #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on Oct 19, 2020 at 3:40am PDT
Untuk makluman, filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.
Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.
Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.
Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.
Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai hari ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
#Viral
#Filem
#Viral
#Filem
#Butak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement