Bakat selebriti versatil, Zizan Razak dalam pelbagai bidang seperti lawak, pengacaraan, lakonan dan nyanyian tidak dapat disangkal lagi.

Manakan tidak, sepanjang pembabitannya dalam industri hiburan, Zizan telah banyak muncul dengan produk-produk berkualiti yang membuatkannya terus kekal relevan.

Bercakap mengenai bidang lakonan, sudah tentu ramai peminat meminati lakonan Zizan dalam filem Polis Evo, Abang Long Fadil, KL Gangster, Hantu Bonceng dan banyak lagi.

Dek kerana bakat dan kualiti lakonan yang terus menyerlah, figura berusia 36 tahun ini akan tampil dengan lebih banyak filem tahun hadapan.

Antara filem yang menanti Zizan adalah Juang. Proses penggambaran akan bermula Januari tahun hadapan. Selain itu, untuk filem yang bakal ditayangkan di pawagam pula adalah Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 dan Baik Punya Along.

Bukan itu sahaja, satu lagi filem lakonan Zizan iaitu Hantu Bonceng 2.0 juga akan menemui anda menerusi Astro First (saluran 480).

Jom sama-sama kita nantikan kemunculan projek-projek terbaharu jejaka serba boleh ini, Gempak mengucapkan selamat maju jaya untuk Zizan Razak!

Oh ya! Tidak lengkap rasanya jika tidak menyenaraikan artis, selebriti mahupun tokoh yang menyinar sepanjang tahun 2020 ini.

Zizan tersenarai dalam kategori Artis Bujang TerGempak 2020 dan terdapat sembilan lagi kategori lain dalam #GempakMostWanted2020 untuk anda memilih siapakah yang layak memegang gelaran tersebut.

Klik di sini untuk senarai penuh dan mengundi!