Berita
“Terus-Terang Beritahu...”- Ramai Minta Bantuan, Ada Yang Mahu Noorkhiriah Bayarkan Rumah Sewa
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan ramai peminatnya meminta bantuan daripadanya ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Namun Noorkhiriah akui dia tidak dapat membantu kesemuanya kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki termasuk saya.
“Ramai yang DM (mesej peribadi) minta bantuan tetapi saya pun menunggu rezeki mana tahu ada di celah-celab batu.
“Kalau ada pasti saya bantu. Tapi yang minta bayarkan rumah sewa saya tak dapat bantu. Terus-terang beritahu sebab saya pun tiada pendapatan tetap.
“Kalau rumah sewa tu harga RM50 boleh bangu lagi tapi kalau RM500 saya buntu,” tulisnya.
Pelakon drama popular Nur itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mendoakan agar semua yang berada di dalam kesulitan dipermudahkan urusan.
Must-Watch Video