Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tesla Batal Rancangan Bina Kilang Di Malaysia, Thailand Dan Indonesia?

Gempak
08/08/2024 04:55 MYT
Tesla dilaporkan membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

Tumpu Ekosistem Stesen Pengecasan

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik laporan media Thailand, The Nation memaklumkan menurut sumber negara berkenaan, Tesla hanya akan menumpukan kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

"Ketika ini, Tesla hanya membincangkan stesen pengecasan dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia, atau di mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika Syarikat (AS) dan Jerman," kata sumber itu.

Pada November tahu lalu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengumumkan Tesla bersedia untuk menjadikan Thailand sebagai hab pembuatan EV.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengadakan beberapa pertemuan dengan eksekutif Tesla di AS dan Thailand.

Batal Rancangan Pelaburan

Bagaimanapun, Tesla kini telah memutuskan untuk membatalkan rancangan pelaburannya di Thailand selepas membubarkan pasukan eksekutifnya.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada pengeluaran pelaburan Tesla di seluruh Asia dan negara lain.


Sebelum ini, Tesla mengumumkan ia telah menghentikan rancangan untuk membina sebuah kilang di Mexico sehingga selepas pilihan raya presiden AS pada November, berikutan janji calon Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas kenderaan buatan Mexico.

Dilaporkan, kilangnya berhampiran Monterrey di Nuevo León diumumkan pada Mac tahun lalu dan dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

Walau bagaimanapun, projek itu telah menghadapi beberapa kelewatan dan ketidakpastian.

Menjelang September 2023, beberapa pembekal Tesla telah memperlahankan rancangan mereka untuk membina kemudahan pembuatan baharu di Mexico ekoran kebimbangan ia tidak akan disiapkan tepat pada waktu.

Pada Oktober, Tesla mengesahkan ia telah menangguhkan projek itu kerana kebimbangan ekonomi.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga Setara Dengan Seunit Rumah, Ini Fakta Menarik Mengenai Pelancaran Kereta Tesla Di Malaysia

Sumber: Sinar Harian

#Indonesia #Malaysia #Thailand #batal #Kilang #Kenderaan #Ekonomi #Tesla #EV