Hiburan
Tetap Bekerja Walaupun Sakit, Peminat Doakan Fasha Sandha Cepat Sembuh
Aktres Fasha Sandha sememangnya dikenali dengan komitmen dan disiplin tinggi dalam bidang lakonan.
Terbaru, menerusi laman Instagram Fasha, @fashasandha, pelakon utama drama rantaian Syurga Yang Kedua ini berkongsi mengenai keadaan kesihatan dirinya.
Biarpun sedang sakit, Fasha tetap meneruskan tugasnya sebagai penerbit dan pelakon untuk sitkom terbaru, Mamu Mami Gosip terbitan FS Creatives Sdn Bhd.
“Production sendiri ke, production orang ke, komitmen tetap kena bagi yang terbaik. Itu adalah tanggungjawab,” tulis Fasha.
Kapsyen tersebut turut disertakan dengan hashtag #MamuMamiGosip #FSCreativesSdnBhd #NoMakeUp #MukaSakit.
Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 segera sembuh.
Peminat turut memuji Fasha yang sanggup menahan rasa sakit yang dihadapi olehnya demi komitmen kerja.
“@pird4: Take a good care of your health sis. Risau kita. Get well soon.”
“@hafiz_4606: Mungkin pergi kerja dapat hilangkan rasa sakit buat seketika.”
“@puteri_zandra: Hope sis dapat jaga waktu makan. Sesibuk mana pun jangan sampai lupa waktu makan.”
“@diyana.beautygeek: Itulah yang orang suka.”
“@lovepotion.lilly: Kesiannya. Tapi tetap cantik.”
Sebelum ini, di ruangan Insta Stories, Fasha turut berkongsi dirinya telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Fasha turut diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari namun pelakon itu mahu meneruskan komitmen kerjanya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fasha
Must-Watch Video