Hiburan

Tetap Post Video Masak, Netizen Dakwa Memey Tak Sensitif - “Bangga Nampaknya Anak Tiri Selesa Dengan Dia”

gempak
Mya Amri
18/03/2024
00:38 MYT
Sponsor Banner
Tetap Post Video Masak, Netizen Dakwa Memey Tak Sensitif - “Bangga Nampaknya Anak Tiri Selesa Dengan Dia”
Susulan isu teguran pelakon Norman Hakim terhadap bekas isterinya, Abby Abadi, kini nama aktres Memey Suhaiza pula yang menjadi bualan netizen.
Memey hangat diperkatakan netizen gara-gara isteri kepada Norman itu memuat naik hantaran terbaharu berbentuk video pendek di akaun Instagram miliknya.
Video tersebut merakamkan momen dirinya memasak dan menyediakan hidangan berbuka untuk keluarga.
“Day 6. Dah dua hari mummy cuti masak sebab buka luar. Back to normal rutin mummy. Tu pun ada ulang menu.
“Perasan tak sebab mummy masak ikut permintaan masing-masing, kalau anak nak menu sama tiap hari pun mummy buat.. janji makan habis. Alhamdulillah,” tulisnya.
Namun apa yang menarik perhatian adalah kehadiran Marissa yang turut sama berbuka dan kelihatan gembira membuatkan netizen berasa kurang senang.
Rata-ratanya melabelkan Memey tidak sensitif dengan isu yang berlaku antara Norman, Abby dan Marissa.
Antara komen yang diterima adalah:
Terdahulu, Norman meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Abby Abadi yang begitu terbuka berkongsi kisah membabitkan anak mereka, Marissa.

BERITA TRENDING: Tak Pernah Sesaat Pun Saya Lepas Tangan" - Norman Hakim Mohon Abby Abadi Bertenang, Selesaikan Kes Marissa Sesama Keluarga

Sebelum ini Abby secara eksklusif mengesahkan kepada Gempak, Marissa, 19, sudah menikah dengan Mohd Aslam di Thailand pada Disember lalu tanpa pengetahuan mereka.

BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa, Cerita Kronologi Pernikahan Anak Di Thailand

Perkahwinan itu menjadikan Marissa sebagai isteri kedua Aslam selepas kecurangan mereka terbongkar pada tahun lalu.
Isteri pertama Aslam dikenali sebagai Misya, 25 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live