Laman Utama

Tetap Semangat Nak Kerja, Jalaluddin Hassan Sudah Pulih Dari Masalah Kencing Kotor - “Sebenarnya Saya Mula Sakit Pinggang Sejak…”

Asyikin Mayudin
02/07/2023
02:53 MYT
Kurang minum air kosong menjadi punca pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing sehingga memberi kesan kepada buah pinggangnya.
Jalaluddin berkata dia mula berasa sakit pinggang dan sukar untuk membuang air kencing namun kesakitan yang dialami hilang selepas mengambil ubat antibiotik yang diberikan anak saudaranya yang juga seorang doktor.
Bagaimanapun, ubat itu hanya bertahan selama tiga hari dan dia mula kembali rasa kesakitan itu sehingga dimasukkan ke wad pada 19 Jun lalu.
“Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik… yang penting kena semangat. Sebenarnya saya mula sakit pinggang sejak minggu kelima Mega Spontan lagi. Sakit pinggang dan sakit bila nak buang air kecil.
“Saya ada tanya anak saudara saya yang juga seorang doktor, dia beri saya ubat antibiotik. Sebab itu masa minggu kelima itu saya boleh terus bermain di pentas Mega Spontan sebab waktu itu sakit itu dah hilang.
“Rupa-rupanya hanya sekejap saja hilang. Tiga hari selepas itu, sakit itu datang semula dan saya dimasukan wad sebab alami kencing kotor yang menyebabkan kesan kepada pinggang saya juga,” katanya kepada Gempak.
Sudah dibenarkan pulang sejak Isnin lalu, Jalaluddin memberitahu dia sepatutnya perlu berehat sehingga temu janji dengan doktor untuk pemeriksaan masalah usus yang dihadapinya.
“Saya dah dibenarkan pulang sejak Isnin lalu… ikutkan doktor memang nak suruh saya rehat sebab nanti nak kena jumpa semula untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor nak bagi saya MC tapi saya tak nak sebab ada banyak kerja yang tertangguh yang perlu saya selesaikan. Selepas ini saya ada temu janji dengan doktor berkenaan dengan masalah usus pula.
“Harapnya semua baik-baik saja. Doakan saya ya,” ujarnya.
Terdahulu, anak kepada Jalaluddin yang dikenal sebagai Zul Qayyum memuat naik foto di TikTok memperlihatkan ayahnya sedang dirawat di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
Pihak produksi Mega Spontan memaklumkan kepada Gempak bahawa isteri Jalaluddin turut mengesahkan suaminya ditahan wad atas sebab masalah kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Jalaluddin Hassan Dimasukkan Ke Hospital, Tak Dapat Beraksi Minggu Keenam #MEGASPONTAN2023 - “Mohon Doa Daripada Semua Agar…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#MEGASPONTAN2023 : Persaingan Sengit Dua Kerajaan! Takhta Juara Akhirnya Milik Manjakelat, Bawa Pulang RM200,000

gempak
07/07/2023
15:21 MYT
Tahniah pemenang.
Laman Utama

Srivijanda, Manjakelat Berebut Takhta Juara, Malam Final #MEGASPONTAN2023 Diserikan Dengan Persembahan 3 Diva Popular

gempak
06/07/2023
09:50 MYT
Wah mesti best!
Laman Utama

Srivijanda Rampas Takhta Juara Minggu Semi Final, Campaktakjauh Akur Tersingkir - “Sebenarnya Saya Dah Jangka Akan Tersingkir Dari…”

gempak
01/07/2023
09:50 MYT
Bukan rezeki Campaktakjauh...
Laman Utama

4 Suara Bergabung! Black, Hazama, Tomok & Akim Bakal Meriahkan Minggu Ketujuh #MEGASPONTAN2023

gempak
30/06/2023
08:55 MYT
Wah mesti best malam ni!
Laman Utama

[VIDEO] “Masa Saya Kahwin Dulu Dia…” - Mamat Tak Dapat Datang Wedding Shuib Sebab Kerja, Siap Buat Video Call

gempak
25/06/2023
00:58 MYT
Mamat siap video call Shuib tau.