Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Thamiera Chan Mengaku Terasa Dengan Komen Pedas Mas Idayu, Punca Pulang Lebih Awal – “Saya Artis Baharu Memang Terasa Tapi…”

Khairil Khusyairi 30/11/2024 | 02:50 MYT
Penyanyi Thamiera Chan tampil memberi respons mengenai isu dia dan sepupu, Didi Astillah yang difahamkan pulang lebih awal selepas menerima kritikan pedas daripada juri Mas Idayu di sebuah program realiti nyanyian baru-baru ini.

Mengaku Terasa Dengan Mummy

Menurut Thamiera, dia mengakui ada terasa hati dengan Mas Idayu atau lebih mesra disapa Mummy itu selepas mendapat kritikan usai membuat persembahan.
“Ada masalah yang kita tak boleh nak elak, itu sahaja. Saya dan Didi ada hal yang tak dapat nak elak.

“Didi fasal konsert Sumandak Stars dia, saya pula terasa sedikit, tipulah kalau tak terasa sebab kita manusia biasa kan.

“Tapi minggu ini kami cuba buat yang lebih baik,” ujarnya kepada Gempak.

Thamiera ditemui pada majlis pembukaan kedai Akemi Flagship di Sunway Piramid, pada Jumaat.

Tak Marah & Dendam

Dalam pada itu, Thamiera yang juga ahli kumpulan The Gadys itu menjelaskan dia tidak mempunyai perasaan marah atau berdendam dengan Mummy sebaliknya mengakui mempunyai hati yang lembut.

“Saya terasa tapi tidaklah macam marah atau dendam.

“Saya artis baharu, sangat baharu jadi memang ada lah terasa sedikit dengan Mummy tapi benci itu tiada.

“Cuma ada masalah hati iaitu hati tisu, malam itu saja terjadi,” jelasnya lagi.

Mummy Beri Pesanan

Ditanya adakah berhubung dengan Mummy selepas isu tersebut, Thamiera memaklumkan dia tidak ada berhubung dengan penyanyi dangdut itu namun Mummy berharap mereka berdua mampu buat yang terbaik.

“Tak ada (berhubung) tapi Mummy ada cakap dengan Didi seperti ‘Thamiera dengan Didi, minggu ini buat yang terbaik saja, jangan pernah putus asa’.

“Mummy seorang yang baik tapi ketika itu saja saya terasa.

“Ada (kesalahan) sebab kami tak cukup berlatih ketika itu. Minggu ini Insya-Allah cukup," ujarnya lagi.

Pada minggu tersebut, pasangan duo sepupu iaitu Thamiera dan Didi Astillah membawa lagu medley Bang Jono oleh Zaskia Gotik, Goyang Duma nyanyian Cita Citata dan Senggol-Senggolan nyanyian asal Mas Idayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Puji Suara Thamiera Chan, Anggap Lagu 'Cintaku Sampai Ke Ethiopia' Tak Sesuai Dengan Suara

ARTIKEL BERKAITAN: Pasca Kecaman, Thamiera The Gadys Tampil Dengan Lipsync Lagu Fujiyama, Netizen Puji - “Kenapa Aku Rasa Sedap Je Eh”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Curang, Ini Respons The Gadys - “Itulah, Tak Semua Perempuan Bijak Kan?”

#Penyanyi #Mas Idayu #Juri #Didi Astillah #Pertandingan #Komen #Marah #Nyanyian #Kritik #The Gadys #Thamiera Chan
;