Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Thank You Allah..." - Lan Solo Bersyukur Ibu Keluar Hospital

Asraf Aided 17/08/2021 | 14:15 MYT
Penyanyi Lan Solo meluahkan rasa syukur kerana ibunya, Rasidah Nasarudin kini dikeluarkan daripada wad hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Pada masa sama, Lan juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah mendoakan kesihatan ibunya sejak dimasukkan ke hospital bulan lalu.
"Terima kasih Allah, terima kasih semua yang pernah mendoakan kesihatan mak.
"Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan-Nya," kongsi Lan di Instagram.
Dalam pada itu, Lan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas wad yang terlibat menjaga ibunya di hospital.
"Terima kasih juga petugas-petugas dalam wad yang jaga mak, hanya Allah dapat membalas," coretnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Lan tumpang gembira dan bersyukur setelah mengetahui perkembangan positif tersebut.

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

8 Julai lalu, Gempak melaporkan Lan Solo memaklumkan ibunya perlu dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Beberapa tahun lalu, ibu Lan pernah dimasukkan ke hospital akibat serangan strok sehingga menyebabkan kerosakan otak sebelah kirinya.
BACA: "Doakan Mak Saya..." - Ibu Lan Solo Dimasukkan Ke Hospital
#Ibu #Lan Solo #Ibu Lan Solo #Keluar Hospital
;