Hiburan

“Thank You For Being My Life Partner” – Farid Kamil & Diana Danielle Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7

gempak
Azwa Rahman
11/11/2019
08:50 MYT
Sponsor Banner
“Thank You For Being My Life Partner” – Farid Kamil & Diana Danielle Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7
Pelakon Datin Diana Danielle meraikan ulang tahun perkahwinan yang ketujuh bersama suami, aktor Datuk Farid Kamil.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Diana berkongsi beberapa keping foto keluarga bersama ucapan indah untuk tatapan wargamaya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ketujuh! Sebenarnya tarikh minggu lepas tapi kami terlupa sampailah ada orang tagged kami di IG. Anda boleh ambil apa sahaja tetapi anda tak boleh ambil rasa cinta pada lelaki ini, @faridkamilz.
“Lelaki sederhana dengan keinginan yang ringkas dan personaliti pendiam tetapi sangat bertenaga. Saya cinta awak horsie. Saya tak minta apa-apa cuma teruskan kerja keras yang awak dan buat tahun ni.
A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
“Saya bangga dengan awak. Terima kasih kerana menjadi pasangan hidup saya,” tulis Diana panjang lebar menerusi ruangan kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, kelihatan komen Farid yang memberikan empat emoji berbentuk hati sebagai balasan.
Malah, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang turut memberikan ucapan selamat ulang tahun serta mendoakan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.
Farid dan Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 6, serta Aurora, 4 tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024